Selasa, 2 April 2024

Kesalahan Hak Pada Muslim Lain

 Hak seoarang Muslim terhadap muslim lain adalah melakukan perbuatan baik dan menjaga segala bahaya daripada menimpa kaum Muslim.Di antara kesasahan-kesalahan yang kerap berlaku adalah:

  1. Tidak mengucap salam apabila bersua dengan saudara Muslim yang lain sama ada yang dikenali ataupun tidak.
  2. Tidak memenuhi hajat saudara Muslim lain seperti ke majlis pernikahan, majlis pengajian, majlis jamuan makan serta lain-lain majlis yang baik.
  3. Tidak menghiraukan nasihat  dari Muslim lain dan menghebahi ( memburuk-burukkan ) serta melukai hati saudara Muslim lain. Surah Al Hujurat ayat 12.
  4. Tidak memperduli dan menghiraukan orang lain. Bersikap diriku diriku, Kesukaanku kesukaanku dan nafsuku nafsuku.
  5. Saling membenci, menghasut dan memusuhi antara saudara Muslim. Mencari aib dan cacat cela orang lain dengan tujuan untuk dihebahkana.
  6. Berbanga diri dengan nasab, keturunan,warna kulit dan puak ( kabilah ).
  7. Bakhil dan tidak mahu menerima tamu. Menolak saudaranya daripada menjadi tamu dan tidak menyambut kedatangannya dengan senang hati.Barang siapa yang tidak menyambut tamu dan membiarkannya dalan keaadan lapar dan dahaga, kelak akan dibiarkan dahaga dan lapar oleh Allah SWT di akhirat nanti.
 (Sumber rujukan : Kitab Kesalahan dalam beribadah dan muamalat - Dr Musthafa Murad, Fakulti Dakwah Universiti Al Azhar, Kaherah ).

Rabu, 29 November 2023

Pengurusan Penyelengaraan Dalam Negara

 Pengurusan kerja-kerja penyelenggaraan merupakan satu bidang tugas yang kerap diabaikan ataupun di laksanakan secara sambil lewa. Jika kita lihat di sekeliling kita kita akan dapat lihat keadaan persekitaran kita berada dalam keadaan tidak terurus dan terbiar. Semak samun, kekaratan, longkang tersumbat dan berbagai lagi. Kita kerap bertanya siapakah yang bertanggungjawab. Jawapan yang lazim kita perolehi ialah sipolan mengatakan ianya bukan dibawah bidang kuasa dia tapi di bawah bidang kuasa orang lain. Orang lain itu pula akan memberi jawapan yang sama apabila dikemukakan soalan yang sama. Jadi siapakah yang bertanggungjawap? 

Keadaan kemudahan awam dan infrastruktur awam banyak yang rosak atau tidak sempurna lagi. Jika kita lihat di sekitar bandar di seluruh negara, kita akan dapat lihat perkara-perkara berikut:-

a. Jalanraya ; - Terdapat banyak lubang-lubang kecil di atas jalan yang tidak diuruskan sehinggakan ada lubang-lubang berkenaan yang sudah membesar. Apa yang berlaku baru-baru ini di Lebuhraya Persekutuan di mana banyak kenderaan yang telah mengalami kerosakan akibat terlanggar lubang yang agak dalam dan besar. Perkara tersebut tak sepatutnya berlaku jika pihak pengurusan lebuhraya telah memperbaikinya. Orang ramai membayar Tol yang agak mahal, jadi jalan di lebuhraya tidak sepatutnya berlubang. Penyelenggaraan secara berterusan sepatut telah dilaksanakan. Pihak PBT mempunyai satu unit yang dipanggil "Renjer Jalan". Maka dengan adanya unit ini jalanraya di seluruh bandar di negara ini tidak sepatutnya dibiarkan dalam keadaan rosak. Adakah unit ini tidak menjalankan tugas? Ataupun mereka telah membuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab tapi tiada tindakan diambil. Jawapan yang biasa kita dapat adalah "Tiada Peruntukan". Alasan tiada peruntukan tidak dapat diterima sebab setiap tahun kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang untuk digunakan bagi tujuan penyelenggaraan. Setiap kali selepas hujan lebat kita akan dapat lihat takungan air memenuhi jalanraya. Air tidak dapat disalur keluar kerana lubang-lubang saluran yang ada sama ada tersumbat atau terlalu kecil untuk menampung jumlah air yang banyak. Kita juga akan dapat lihat rumput rumpai memenuhi sepanjang jalan tanpa dibuang. Sebagai penyelesaian, tugas membersihkan jalanraya dari rumput rumpai perlu dilakukan secara berterusan setiap bulan. Keadaan rumput di pinggir jalan di sepanjang jalan juga jarang sekali dipotong pendek. Satu pemandangan yang amat buruk di mana rumput rumpai di tepai jalan dan di atas pembahagi jalan dibiarkan dalam keadaan panjang dan bersemak. Garisan putih di tengah jalan dan juga di tepi jalan tidak dicat kembali. Kebanyakan garisan ini telah pudar. Ini akan mengakibatkan pemandangan sewaktu memandu di waktu malam amat merbahaya. 

b. Pagar dan Kaki Lima :- Keadaan pagar dan kaki lima juga banyak yang rosak. Kaki lima di sekitar bandar ada yang dah terbenam, batu bata tercungkil serta ada yang berlubang. Kaki lima merupakan satu kawasan yang amat penting kerana ia digunakan oleh orang ramai. Keadaan yang tidak sempurna akan membahayakan pengguna terutama sekali warga emas, OKU dan kanak-kanak. Pagar di tepi jalan juga didapati banyak yang rosak dan berkarat. Pemandangan ini seolah-olah menunjukkan negara kita ni adalah dari dunia ketiga. Negara miskin dalam lain perkataan. Amat memalukan apabila dilihat oleh pelancung yang sedang melancung di negara kita.

c. Longkang :- Keadaan longkang juga amat menyedihkan. Adayang dah pecah dan rebak. Ada yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan sehinggakan longkang pun tidak kelihatan lagi. Apabila berlaku hujan lebat atau hujan yang berpanjangan maka longkang yang tersumbat ini akan mengakibatkan banjir kilat. Alasan yang menyalahkan orang ramai yang membuang sampah ke dalam longkang tidak boleh digunakan untuk tidak melakukan sebarang pembersihan dan penyelenggaraan. Kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan telah pun diberi kepada kontraktor-kontraktor tertentu. Jadi apakah masalahnya? Jika kontraktor yang telah ditugaskan tidak melakukan kerja dengan betul mengapa ia tetap dikekalkan dengan memberi bayaran kerja berterusan. Kontrak mereka patut ditamatkan.

d. Lampu Jalan:- Lampu jalan juga kerap dibiarkan bergelap dan tidak berfungsi untuk satu jangka masa yang agak lama. Terdapat beberapa tiang lampu yang tidak berfungsi semenjak zaman PKP lagi sehinggalah sekarang di sebuah bandar. Rupanya setelah ditanya kepada mereka yang bertanggungjawab, tiang lampu yang ada di seluruh bandar dibahagikan kepada tiga pihak yang tertentu. Mereka adalah TNB jika tiang lampu itu adalah dari jenis konkrit dan mempunyai logo TNB, PBT dan JKR jika tiang lampu berkenaan adalah diperbuat dari logam dan mempunyai logo PBT berkenaan atau logo JKR. Jika saya tak silap pihak TNB mempunyai unit bergerak yang sentiasa memantau keadaan lampu dibawah jagaan mereka. Tidak diketahui pula sama ada pihak JKR dan PBT juga mempunyai unit bergerak yang sama. Kebanyakan lampu yang rosak dan tidak diperbaiki adalah tiang lampu yang dipunyai JKR atau PBT. Maka kita sebagai rakyat terpaksalah membuat aduan kepada pihak yang berkenaan jika kita nak lampu-lampu tersebut bernyala kembali. Jika tidak nampaknya bergelaplah kawasan jalan berkenaan selagi pihak yang berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan pembaikpulihan.

Banyak lagi yang boleh kita perkatakan mengenai pengurusan pembakipulihan dan penyelenggaraan. Bangunan-banguna kerajaan seperti Pejabat-pejabat kerajaan, Hospital dan Kelinik kesihatan, Kemudahan awam di Taman Bunga dan Taman Rekreasi, Tandas Awam yang terdapat di kawasan bandar dan juga Perhentian Bas serta Terminal Bas. Adalah sangat diharapkan agar semua pihak yang berkaitan dapat menjalankan tugas dengan jujur dan penuh keikhlasan demi kesejahteraan rakyat.

Rabu, 1 Mac 2023

MELAYU BANGSAKU

 Melayu adalah teras negara Malaysia. Apa yang membimbangkan adalah terdapat ramai diantara kita yang telah alpa, lupa dan keliru dalam memahami makna diri (jatidiri) bangsa. Akibat dari kelemahan itu, berlaku kekacauan dalam cara berfikir ketika merencana perjalanan hidup bangsa serta dalam penentuan keputusan dalam perlaksanaan sesuatu sehingga ia mengakibatkan terjadinya huru hara, kelam kabut serta kusut. 

Isu ketuanan Melayu, keunggulan Melayu dan mertabat Melayu terus diperkatakan, diperdebatkan, dipolimikkan dan dipolitikkan. Jika dikaji dari segi sejarah, keunggulan Melayu sebagai satu bangsa besar atau mahawangsa di rantau kepulauan Melayu tidak dapat dinafikan dan dipertikaikan. Dari zaman ke zaman berlaku pertumbuhan dan perkembangan tamadun bangsa Melayu yang kini diwarisi oleh bangsa Melayu sezaman. Titik tolak perjuangan bangsa Melayu bermula dari abad ke dua puluh. Bangkitnya semangat nationalisme hingga menjadi semangat dalam perjuangan kemerdekaan. 

Gerakan perjuangan bangsa Melayu bukannya akibat daripada faktor kedatangan kuasa barat. Perjuangan ini juga bukanlah sekadar satu perjuangan yang berpangkalkan kepada pembebasan berpolitik. Asas pembentukan tamadun bangsa Melayu bermula sejak terbentuknya kerajaan Melayu tertua iaitu kerajaan Campa. Ia berkembang kepada kerajaan Langkasuka yang bertapak di Segenting Kra,  kerajaan Seriwijaya yang bertapak di Sumatera dan kerajaan Majapahit yang bertapak di tanah Jawa. Seriwijaya merupakan asas pembentukan tamadun Melayu. Ia menguasai lautan sekitar Selat Melaka dan Selatan Thai. Pemerintahnya yang utuh di mana bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran, perdagangan dan bahasa ilmu. 

Salah satu tamadun lama yang mempengaruhi tamadun Melayu sebelum Islam adalah tamadun India. Terdapat banyak pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Dari sini kita dapat lihat kemajuan bangsa dan negara dalam bidang ekonomi, harus disertai kemajuan keperibadian bangsa. Ketika itu wujud struktur pentadbiran berpusat serta memiliki pelbagai sumber untuk memenuhi keperluan perdagangan melalui kuasa Maritim. Maka wujudlah pusat perlabuhan terulung dan pusat pengedaran serta pembekalan terbesar di Asia Tenggara. 

Selepas ini timbul pula gelombang kedua dalam perkembangan sejarah bangsa Melayu. Perkembangan kedua ini adalah berpaksikan kepada kerajaan Melayu dalam bentuk sistem Kesulatan Melayu.