Khamis, 31 Disember 2009

Dalam Kenangan Isteri Yang Tercinta



Dalam kenangan isteri yang tercinta Hajah Mazidah Mohd Yatim yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharam 1430 jam 7.38 pagi bertempat di rumah kesayangan kami di Slim Village, Perak. Allahyarhamah telah pergi dalam keadaan yang amat baik dan sempurna. Semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarhamah sepanjang malam sehingga beliau menghembus nafasnya yang terakhir. Saya amat merindui nya. Tidak akan ada sesiapa yang dapat mengganti tempat Allahyarhamah. Beliau merupakan satu insan yang teristimewa. Insan yang amat, penyabar, murah hati, kuat bersedekah, rajin, cekal dan amat penyayang dan pengasih. Sehinggakan semasa Allahyarhamah berada dalam keadaan lemah, sambil menitis air mata beliau masih sempat mengatakan kepada saya,"Ram, I am dying. I risau pasal you. Siapa nak jaga you. I kesian kat you, Ram".Bayangkan bertapa Allahyarham mengambil berat akan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Saya telah mengorban seluruh tenaga saya untuk menjaga dan membuat Allahyarhamah selesa dan gembira sepanjang masa. Selagi ALLAH memberi saya kesihatan dan kekuatan, malah selagi saya boleh merangkak, akan saya jaga isteri kesayangan saya itu. Itu janji saya kepada Allahyarhamah sejak beliau disahkan mengidap ketumbuhan di dalam otak pada Oktober 2008 hinggalah ke akhir hayatnya. Pemergian nya membuat saya menjadi amat lemah sekali. Ke mana saja saya pergi dan apa saja yang saya buat, saya akan teringatkan Allahyarhamah sebab kami tak pernah berpisah dalam semua urusan. Saya dan anak-anak berdoa agar Allahyarhamah akan diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama para syuhadah di tempat yang mulai di sisi ALLAH SWT. AMIN.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Mengapa Roh Tak Bersih

Makanan roh yang baik ialah sembahyang, puasa,
zikir, selawat, baca Al Quran, berkorban, berjihad, berdakwah, belajar,
berkhidmat kepada masyarakat dan lain-lain kebaikan lagi. Walaupun
makanan roh yang baik seperti di atas itu sudah dilakukan, ia tetap
tidak mendatangkan ketenangan kerana ia mungkin dilakukan dengan cara
yang tidak sempurna dan tidak tepat dengan ilmunya. Atau dilakukan
dengan cara yang tidak ikhlas atau tidak dihayati dengan jiwanya.
Tentulah ibadah-ibadah tersebut tidak akan memberi kesan kepada jiwa dan
fikiran. Jadi, kalau sudah tidak memberi kesan kepada jiwa dan fikiran,
tentulah ia juga tidak akan memberi kesan kepada tindakan anggota lahir.
Yakni anggota lahir tetap juga jahat. Contoh-contohnya:

1. Sembahyang tetapi tidak menghayatinya, lalai dan berkhayal sewaktu
menunaikannya. Sembahyang begini tidak akan memberi kesan apa-apa pada
hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran, tentulah ia
juga tidak akan berkesan pada anggota lahir.

2. Rajin baca Al Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutan tuntutan dari
ayat-ayat yang dibaca itu, tentulah tidak akan memberi kesan apa-apa
kepada hati dan fikiran. Ia tentunya tidak berkesan juga pada anggota
lahir.

3. Selawat, zikir, berjuang, berjihad dan berdakwah tetapi tidak dari
hati. Hanya ucapan di lidah sahaja. Tentulah tidak berkesan apa-apa
kepada hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran,
tentulah ia juga tidak berkesan apa-apa pada anggota lahir.

4. Berkorban, bersedekah, lain-lain kebaikan dan kebajikan juga, kalau
tersalah cara, tidak tepat dengan ilmunya, tidak dibuat dengan sempurna,
bukan kerana Allah, tidak pada tempatnya atau tidak dihayati, maka
kesannya tidak akan sampai ke hati dan fikiran. Apabila tidak berkesan
di hati dan fikiran, tentulah tidak berkesan juga kepada anggota lahir.

Adapun semua makanan roh yang baik ini walaupun asalnya baik tetapi oleh
kerana tidak faham cara, tidak tepat dengan ilmunya, tidak dibuat dengan
sempurna, tidak dihayati di hati atau membuat perkara itu tetapi tidak
disertai dengan mujahadatun nafsi, maka hasilnya tetap sama dengan orang
yang tidak melakukannya. Yakni tidak dapat memberi kekuatan kepada roh
(jiwa atau hati).

Kalau begitu roh tetap tidak sihat, lemah jiwa, mudah diserang penyakit
hati seperti hasad dengki, sombong, riyak, pemarah, bakhil, dendam dan
lain-lain mazmumah lagi. Penyakit-penyakit mazmumah (keji) tetap juga
tidak terubat. Sebab itu hati tidak tenang, gelisah dan keluh-kesah.

Roh atau hati juga boleh jadi rosak (jahat) kalau kita campurkan antara
membuat perkara yang baik dengan membuat perkara-perkara yang jahat.
Walaupun perkara-perkara yang baik itu dibuat tetapi dalam masa yang
sama masih melanggar pantang-larang syariat seperti bergaul bebas lelaki
dan perempuan, mendedahkan aurat, makan makanan yang haram dan subahat,
suka mengumpat, memfitnah orang, gila dunia, gila pangkat dan gila puji,
maka tentulah makanan roh yang baik tadi tidak akan memberi kesan.

kiriman email daripada seorang sahabat.

Isnin, 12 Oktober 2009

Pendidikan Akhlak

Allah swt telah mendidik kita mengenai akhlak yang mulia di dalam Al Quran melalui surah al-Israk ayat 23 hingga 39. Perkara-perkara yang diperintahkan adalah:
* Tiada yang lain yang perlu disembah melainkan Allah swt.
* Berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan menjaga mereka apabila tua.
* Memberkati harta dengan berzakat, infak dan sedekah.
* Tidak melakukan pembaziran dengan harta.
* Bersikap positif dalam usaha mencari rahmat Allah swt.
* Hindari dari sifat terlalu kedekut atau terlalu boros.
* Jangan membunuh zuriat kerana takut miskin dan menderita.
* Jauhi penzinaan dan apa saja yang berkaitan dengannya.
* Jangan membunuh atau bersikap zalim.
* Jangan melampaui batas dalam setiap tindakan pembalasan.
* Hindari dari menyalahgunakan harta anak-anak yatim.
* Apabila berjanji, patuhilah janji itu.
* Apabila menimbang sempurnakanlah timbangan itu.
* Jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu tanpa adanya ilmu mengenainya.
* Hindari dari bersikap sombong.

Di dalam surah Luqman ayat 12 hingga 19.

* Jadilah orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah swt.
* Jangan sesekali menyekutukan Allah swt dengan yang lain.
* Menghormati dan memelihara kedua ibu bapa dengan baik dan penuh kasih sayang.
* Jadikanlah orang-orang yang mendapat petunjuk sebagai ikutan hidup.
* Sentiasalah berbuat baik walaupun sebesar biji zarah kerana balasannya amatlah besar.
* Dirikanlah solat dan ajaklah orang lain mendirikan solat bersama mu.
* Hindari dari melakukan perbuatan mungkar.
* Sentiasa bersabar dengan apa saja yang menimpa diri.
* Jauhilah sikap sombong, angkuh dan memandang rendah kepada orang lain.
* Sentiasalah bersederhana dalam segala perbuatan dan bersikap rendah diri.

Demikanlah pendidikan dan panduan yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kita hambaNya di dalam Al Quran. Sebagai hamba yang taat kepada Nya hendaklah kita melengkapkan diri kita agar menjadi hamba yang akan dirahmati, dan dibalas dengan balasan yang setingi-tinggi balasan serta nikmat yang tak terhingga di hari Akhirat kelak. Amin.

Selasa, 8 September 2009

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

KIRIMAN : Surianti melalui email kepada Pak Ngah pada 8 September 2009
Terima kasih dia atas kiriman ini. Ia amat menyentuh sanubari dan menimbulkan keinsafan pada insan yang kerdil ini.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Apakah yang Anda faham tentang Qadha dan Qadar

Firman Allah dalam Kitab Suci Al Quran:

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat berkenaan)" Surah Hud ayat 6

"Dan kamu tidak dapat menentukan kamahuan kamu (mengenai sesuatu), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam." Surah al-Takwir ayat 29

"Dan tiada kamu menghendaki kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana." Surah al-Insan ayat 30

Berdasarkan ayat-ayat di atas, segala urusan manusia itu khasnya perkara-perkara yang berkaitan dengan rezeki telah pun diatur dan ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita tidak perlu bimbang dan takut mengenainya kerana Allah telah memberi jaminan sebagaimana yang telah disebut dalam Surah Hud:6. Segala usaha yang telah kita lakukan sama ada ianya berjaya ataupun tidak pada hakikatnya berlaku hanya atas kehendak Allah s.w.t. sebagaimana yang telah disebut dalam Surah al-Takwir:29. Malah segala bentuk usaha dan kejadian luar biasa yang berlaku adalah atas kehendak dan ketentuan Allah s.wt. sebagaimana yang disebut dalam Surah al-Insan:30.

Jadi kalau gitu macam mana ya? Adakah kita tak perlu buat apa-apa? Duduk termenung dan tunggu aja segala ketentuan Allah s.w.t. Itulah kesilapan kita. Kefahaman tentang Qadha dan Qadar tidak jelas. Manusia tetap diwajibkan berusaha sekuat kemampuan mereka dan seterusnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t. untuk menentukan hasil ke atas segala usahanya. Apapun hasil yang diperolehi adalah mengikut apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Berusaha itu adalah satu kewajipan kerana Allah telah berfirman melalui Surah al-Ra'du ayat 11 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka merubah sendiri keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah s.w.t. menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia."

Jadi jika kita nak kaya kita kena usaha sekuat-kuatnya dan jika kita sakit kita kena bursusaha bersungguh-sungguh untuk sembuh dengan berubat lepas tu kita serahkan lah kepada Allah untuk menentukannya. Apa yang ditentukan itu adalah sudah tentu yang terbaik untuk kita sama ada kita berjaya atau tidak. Allah s.w.t. telah juga berfirman yang bermaksud :

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Bedoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Ha, ha kan bagus kalau kita kongsi ilmu begini. banyak menafaatnya. Berhenti dulu sampai sini. nanti kita sambung lagi. Kalau panjang-panjang sangat nanti orang malas nak baca.

Wassalam.

Isnin, 24 Ogos 2009

Berhenti Sementara

MAAF, terpaksa berhenti buat sementara waktu kerana perlu menguruskan isteri yang tercinta yang sedang dalam rawatan Brain Tumor ( Ketumbuhan Dalam Otak ). Akan kembali apabila keadaan mengizinkan.

Ahad, 2 Ogos 2009

Wudhu' dan Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Kiriman dari seorang rakan melalui email.
Harap dihayati dan dimunafaatkan sepenuhnya agar hidup kita akan diberkati Allah.

Sabtu, 18 Julai 2009

KESAN MEMINUM AIR SEJUK

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang Ch ina dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan.... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walau bagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita .
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.....

Isnin, 6 Julai 2009

Surat Cinta Seorang Gadis Desa

SURAT CINTA TIJAH

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi
maut,
bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki
Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah
mengambil
sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya
"dicuri" ...

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes
myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are
really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie
me.
But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know
this
result I pick is very correct, because you love she very high from
me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to
play-play with my liver....

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't
want
banana to fruit two times.

Safe walk..
Tijah

Kiriman seorang sahabat dari Pantai Timur.
Dengan izin...

Khamis, 25 Jun 2009

KATA HIKMAH - Untuk Direnung Bersama

''Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal''

"Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku"

''Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia''

'Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama''

''Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya''

''Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah penghinaan kepada Allah''

''Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini''

''Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca''

''Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada''

''Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya''

''Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan''

''Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi''

''Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan''

"Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan"

"Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka"

"Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai"

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"

"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar"

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"

Petikan dari berbagai sumber dalam internet.

Khamis, 18 Jun 2009

MARRIAGE CAN BE FUN

Wife: What are you doing?
Husband : Nothing.
Wife : Nothing ...? You've been reading our marriage
certificate for an hour !
Husband : I was looking for the expiry date.

--------------------------------------------------------------------
Wife : Do you want dinner?
Husband : Sure ! What are my choices ?
Wife : Yes and no.

--------------------------------------------------------------------
Wife: You always carry my photo in your wallet. Why ?
Hubby: When there is a problem, no matter how impossible,
I look at your picture, and the problem disappears.
Wife: You see how miraculous and powerful I am for you ?
Hubby: Yes! I see your picture and ask myself ---
what other problem can be greater than this one ?

--------------------------------------------------------------------
Girl: When we get married, I want to share all your
worries, troubles and lighten your burden.
Boy: It's very kind of you, darling, but I don't have any worries
or troubles.

Girl: Well that's because we aren't married yet !

--------------------------------------------------------------------
Son: Mom, when I was on the bus with Dad this morning,
he told me to give up my seat to a lady.
Mom: Well, you have done the right thing.
Son: But mom, I was sitting on daddy's lap.

Rabu, 10 Jun 2009

Tahukah Anda.......

Tahukah anda bahawa...... Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. Bahagia, Ceria dan Hidup Senang. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda kerana senyuman itu akan menyejukkan hati yang panas. Setiap malam ada seseorang yang mengingati anda sebelum dia tidur kerana anda adalah satu-satunya orang yang disayangi. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang kerana sikap perihatin dan timbang rasa yang anda miliki amat bermakna kepada nya. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia kerana kehadiran anda membuat suasana menjadi ceria dan bermakna. Anda seorang yang istimewa dan unik kerana sifat-sifat istimewa yang ada pada anda tiada pada orang lain. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda kerana nasihat dan tunjuk ajar anda telah memberi erti di dalam hidup nya. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya kerana di sebalik semua itu anda telah menjadi bertambah matang dan waras. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehnya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehnya. Kenang lah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambil lah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.


Khamis, 28 Mei 2009

Menangis

Ibunu Qayyim berkata......... 

Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati, 
Menangis kerana rasa takut, 
Menangis kerana cinta, 
Menangis kerana gembira, 
Menangis kerana menghadapi penderitaan, 
Menangis kerana terlau sedih, 
Mennagis kerana terasa hina dan lemah, 
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang, 
Menangis kerana mengikut-ngikut orang, 
Menangis orang munafik, pura-pura menangis. 
Mengagis kerana takut akan dosa-dosa yang lalu, 
Mennagis kerana takut akan azab dan seksaan Allah swt. 

Sucikan lah 4 perkara dengan 4 perkara 
Wajah mu dengan air mata keinsafan. 
Lidahmu basah kerana berzikir kepada Penciptamu 
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabb mu. 
Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Zat yang memiliki mu.

Ahad, 17 Mei 2009

BEKERJA

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba
tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa
yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang

mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI
tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report
kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya

patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN
PARADIGMA ,maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya..."Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

PESANAN DARI DATO DR FADILAH KAMSAH.