Isnin, 26 April 2010

Akhlak Yang Mulia

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Menjaga percakapan adalah satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan. Manusia akan sentiasa berkata-kata selagi mereka boleh dan mampu. Masalahnya adakah apa yang dicakapkan itu perkara yang baik ataupun yang buruk. Yang peleknya ramai pulak yang suka mendengar perkara-perkara yang buruk. Kita lihat sendiri di sekeliling kita sama ada di pejabat, sekolah, kedai kopi atau di mana saja manusia akan bercakap antara satu sama lain. Jarang sekali kita dapat dengar percakapan mereka itu berfokus kepada perkara-perkara yang baik. Adalah lebih baik kita diam dan berzikir daripada kita bercakap jika apa yang hendak dicakapkan itu adalah perkara yang tak baik kerana merujuk kepada hadith di atas jika kita beriman kepada Allah dan hari kiamat adalah lebih baik kita diam.

Masalah berjiran satu lagi hal. Ada aje yang tak kena. Maki hamun dan sumpah seranah kerap berlaku di antara jiran, walaupun ia tidak dilakukan berhadapan namun ia tetap berdosa. Susah sangat ke nak berbaik-baik dengan jiran. Susah sangat ke nak bermanis muka dengan jiran. Sebagai Muslim yang sejati kita wajib mematuhi suruhan Rasulullah saw sebagai mana yang dinyatakan di dalam hadith di atas. Jaga lah hati jiran kita agar tidak tersinggung. Apa perlunya kita berbalas-balas jika jiran kita berbuat jahat terhadap kita. Rasulullah tak pernah mengajar kita supaya membalas perbuatan jahat dengan yang jahat. Malah baginda menganjurkan agar kita senyum dan balas dengan pekara-perkara yang baik. Bersikap demikian tidak bermakna kita lemah. Malah sikap demikian adalah satu kekuatan yang akan menunduk orang yang zalim.

Melayan tamu satu lagi masalah. Terutama sekali apabila tamu kita datang ke kediaman kita pada waktu yang tidak sesuai. Biasanya kita terima kehadirannya tapi hati kecil merungut dan mungkin juga menyumpah. Maka timbul lah sifat tidak ikhlas semasa melayan tamu kita. Saya rasa tidak menjadi salah kalau kita beritahu kepada tamu kita yang kita nak solat dulu jika dia hadir pada waktu solat. Adalah lebih baik ajak dia solat bersama jika dia sendiri belum solat. Apa salahnya jika kita ajak dia makan bersama andaikata dia belum makan. Tak perlu kita masak masakan tambahan hanya kerana dia datang, tambahan pula datangnya secara mengejut. Makan lah apa yang sedia ada. Lain lah kalau kita belum lagi mula memasak makanan, boleh lah kita masak masakan yang baik-baik untuk meraikan tamu.

Mudah-mudahan akhlak kita yang mulai dan baik akan membawa berkat kepada hidup kita dan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Wallahhualam.

Rabu, 21 April 2010

SIFAT MANUSIA MENURUT AL QURAN

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 204-205:

Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.”

Sifat 1: Manis di mulut tetapi racun berbisa di hati.Pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan yang kuat. Dianggap baik hati, jujur dan mementjngkan masyarakat. hakikatnya ia adalah "Telunjuk lurus kelingking berkait".

Sifat 2: Perosak masyarakat. Akan melakukan apa saja untuk merosakkan masyarakat. Iri hati melihat orang lain berjaya atau senang. Gemar menyalahkan orang, mencaci dan mencela, mengumlat dan memfitnah. Hadith Rasulullah saw yang diriwaytkan oleh at Thobaroni berbunyi " Janganlah kamu mencaci maki para pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan untuk kamu juga”

Sifat 3: Tak boleh ditegur dan tak boleh menerima kritikan. Sentiasa berasa benar dan tidak bersalah. Gemar mengguna orang lain sebagai " kambing hitam ". Tidak mahu membetulkan kesilapan diri malah menjadi angkuh, sombong dan bongkak.

Sabtu, 10 April 2010

KENAPA AKU DIUJI ALLAH SWT

Assalamualaikum wr wb. kadang-kadang ... bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih... dan pelbagai persoalan timbul di benak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajat nya, jika kamu orang-orang yang beriman. "

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan lah kesabaran mu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri mu) dan bertakwa lah kepada ALLAH supaya kamu beruntung. "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk', "

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mu’ min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ..... "

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah ALLAH bagi ku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung. "

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH, melainkan kaum yang kafir. "

-Surah Yusof ayat 87

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji ALLAH SWT......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan..... kerana ialah penawar..... penawar untuk kita......... marilah kita kembali kepada Al-Quran..... kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga ALLAH SWT memberkati sahabat-sahabat di sana....

Kiriman dari seorang sahabat untuk dikongsi bersama agar hidup kita akan diberkati dan dirahmati ALLAH swt.