Jumaat, 7 Mei 2010

Cerita Wanita Solehah

Di dalam sebuah hadith Rasulullah telah berbicara dengan anak perempuan baginda Siti Fatimah. Siti Fatimah telah bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah siapa kah wanita yang pertama sekali masuk ke syurga". Baginda menjawab : " Seorang wanita yang tinggal dihujung kampung sana".

Siti Fatimah pun keesokkan harinya telah ke kampung tersebut untuk bertemu dengan wanita tersebut untuk mengetahui apa kah yang telah dilakukannya sehinggakan dia akan menjadi wanita yang pertama memasuki syurga. Apabila beliau sampai di rumah wanita tersebut beliau telah memberi salam. Wanita itu telah menjawab salamnya dan berkata bahawa dia tak boleh membenarkan Fatimah masuk ke dalam rumahnya kerana suaminya tak ada dan dia tidak meminta izin dari suaminya untuk membenarkan orang lain masuk ke rumahnya. Dia meminta agar Fatimah datang esok.

Keesokan harinya Fatimah datang sekali lagi dengan membawa anak kecilnya bersama. Sekali lagi wanita itu tidak membenarkan Fatimah masuk sebab dia hanya meminta izin dari suaminya untuk Fatimah seorang, sedangkan Fatimah telah membawa anaknya bersama. Maka Fatimah pun kembalilah ke rumahnya. Keesokan harinya Fatimah datang lagi ke rumah wanita tersebut. Kali ini beliau dibenarkan masuk ke dalam rumahnya.

Setelah Fatimah masuk seketika lepas itu wanita itu bersiap sedia dengan memakai pakain yang cantik serta wangi wangian. Dia mengankat sedikit kainnya sehingga menampakkan kakinya dan di sebelah tangan kiri dia memegang sebatang rotan. Wanita itu berdiri di hadapan pintu rumahnya. Fatimah bertanya: " Mengapakah kamu berhias dan berdiri di hadapan pintu?" Wanita itu menjawab: " Sebentar lagi suami saya akan balik. Saya berdiri di sini untuk menyambutnya pulang." Fatimah bertanya lagi: "Mengapa kain kamu di selakkan sedikit sehingga menampakkan kaki mu." Wanita itu menjawab :" Jika di sini juga suami ku inginkan aku akan ku serahkan kepadanya." Fatimah bertanya lagi: " Mengapakah kamu memegang rotan di tangan kirimu?" Wanita itu menjawab : " Jika aku bersalah atau ada melakukan kesalahan maka ku serahkan rotan ini untuk suamiku menghukumku."

Fatimah pun pulang ke rumah lalu bertemu dengan baginda Rasulullah serta berkata: " Subhanallah sungguh mulia wanita itu dan tidak hairanlah jika dia itu akan menjadi wanita yang pertama yang akan dimasukkan ke dalam syurga." baginda Rasulullah menjawab : "Tidak, kamulah yang akan memjadi wanita yang pertama memasuki Syurga dengan menunggang seekor kuda yang ditarik oleh wanita tersebut."

Demikianlah riwayat bagaimana seorang isteri itu akan dimasukkan ke dalam Syurga kerana sifat jujur dan taat serta ikhlasnya terhadap suaminya. Wahai kaum muslimat sekelian, saya menyeru kepada anda fikirkanlah dan ambil lah pengajaran dari riwayat yang telah di sampaikan oleh Rasulullah kepada kita. Kerana janji ALLAH itu benar dan ALLAH itu Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Rebutlah peluang yang begitu mudah untuk diberkati dan dijadikan salah seorang penghuni Syurga di akhirat kelak. Wallahhualam.

Seksa Ke Atas Orang Yang Zalim

Allah berfirman dalam Surah Al An'aam ayat 93 yang bermaksud :
" Siapakah yang terlebih aniaya dari orang yang mengadakan dusta terhadap ALLAH? atau ia berkata: Telah diwahyukan kepada ku, pada hal tiada diwahyukan kepadanya suatu juapun; dan orang yang berkata: nanti ku turunkan seumpama yang diturunkan oleh ALLAH itu? Jika kau lihat ketika orang-orang ainaya dalam kesakitan maut, sedang malaikat memukul dengan tangannya, (lalu berkata): Keluarkanlah jiwa mu! niscaya.. pada hari itu kamu di balas dengan siksa kehinaan, kerana kamu mengatakan terhadap ALLAH sesuatu yang tidak benar dan kamu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat ALLAH swt.".

Dalam ayat di atas ALLAH swt membayangkan bertapa seksanya orang zalim yang sedang berada pada sakaratul maut. Akibat dari mendustakan ayat-ayat ALLAH swt dan bersikap sombong terhadap ayat-ayat ALLAH mereka akan diazabkan. Orang-orang yang zalim itu adalah mereka yang tidak sayang pada diri sendiri dengan engkar terhadap ayat-ayat ALLAH swt.

Rabu, 5 Mei 2010

PERRY COMO AND I LOVE YOU SO


A very beautiful song that has been a binding tune between me and my loving wife the late Hjh Mazidah whom I am missing very much every moment of the day.