Jumaat, 14 Januari 2011

Dosa Seorang Pemandu Automobil

Apabila seorang mula meletakkan punggungnya dikerusi pemandu keretanya, maka bermulalah episod dosanya.

Mengeluarkan bahasa kesat ( maki hamun, sumpah seranah, entah apa lagi ).

Apabila tertinggal sesuatu di rumah.
Apabila enjin kereta tak mau hidup.
Apabila anak-anak atau isterinya lambat.
Apabila kedai minyak belum beroperasi sedangkan minyak dah nak habis.
Apabila ada kereta di hadapan yang dipandu secara perlahan.
Apabila ada kereta memotong masuk ke dalam lorong yang sedang dilalui secara mengejut.
Apabila ada kereta yang memandu terlalu rapat di belakang keretanya.
Apabila kereta di hadapan berhenti secara mengejut.
Apabila kereta dihadapan mengelamun di hadapan lampu isyarat yang sudah pun hijau.
Apabila ada kenderaan yang menghalang laluan yang dah memang sempit.
Apabila ada motosikal yang melanggar cermin sisi keretanya.
Apabila ada kereta yang tersalah masuk lorong sehala dan menghalang laluannya.
Apabila bas atau teksi yang tak mengguna laluan khas mereka dan mengganggu lalu biasa.
Apabila kereta di hadapan tidak menyalakan lampu isyarat membelok semasa membelok.
Apabila motosikal di hadapan ditunggang di tengah-tengah laluan.
Apabila pejalan kaki melintas sambil melenggang semasa lampu isyarat dah mula hijau.
Apabila ada kenderaan lain diletak di sebelahan kita tak boleh keluar dari tempat letak kereta.

Apabila entah apa lagi keadaan yang akan menyirapkan darah si pemandu sepanjang perjalanannya setiap kali ia mula memandu keretanya. Aduhai banyaknya dosa yang telah dilakukan. Yang susahnya macam mana kah dapat si pemandu tadi memohon ampun dan maaf dengan orang yang telah dimaki, dihamun dan disumpah sedangkan dia pun tak kenal siapa yang telah dimaki, dihamun dan disumpahnya. Adakah sipemandu itu memohon ampun dan bertaubat daripada ALLAH swt setiap kali ia selesai mengerjakan solat di atas semua dosanya tadi.

GANTIKANLAH MAKI HAMUN, SUMPAH SERANAH ITU KEPADA "ASTARGHRAFILLAH" SETIAP KALI KALI KITA MENGHADAPI SEMUA KEADAAN DI ATAS SEMASA MEMANDU. SEMOGA PERJALANAN KITA AKAN DIBERKATI DAN DILINDUNGI DARI SEBARANG MUSIBAH.

ALLAH WAALAM.

Isnin, 10 Januari 2011

Azam Tahun Baru ? Ye Ke?

Alhamdulillah, Syukur kita kepada yang Maha Esa Allah kerana telah memberi kita peluang untuk menikati lagi hidup di dunia ini.

Seperti biasa kita akan menghadapi Tahun Baru dengan AZAM yang baru. Saya tertanya pada diri saya apakah perlu saya membuat AZAM BARU setiapa kali kita melangkah ke tahun yang baru? Sudahkah selesai segala apa yang telah dijanjikan semasa menyatakan AZAM tahun yang lalu? Maka saya pun menyenaraikanlah segala AZAM saya yang telah saya ikrar pada awal tahun lalu.

AZAM Tahun 2010:

Saya akan menunaikan semua solat fardhu saya di MASJID.
Saya akan membaca AL QURAN sebanyak 2 muka surat SETIAP HARI.
Saya akan membaca TAFSIR AL QURAN bagi setiap baca saya SETIAP HARI.
Saya akan melakukan SOLAT TAHJUD seberapa KERAP yang boleh.
Saya akan melakukan PUASA SUNAT setiap hari ISNIN dan KHAMIS.
Saya akan menghulurkan SEDEKAH seberapa KERAP yang termampu.
Saya akan BERZIKIR seberapa BANYAK setiap hari.
Saya akan BERISTIGFAR setiap kali saya melakukan kesalahan.
Saya akan MENULIS di dalam blog saya SETIAP MINGGU.
Saya akan MEMBANTU masyarakat kampung saya selagi khidmat saya diperlukan.
Saya akan MEMBIMBING anak-anak kampung saya dalam menyelesaikan masalah pelajaran mereka.
Saya akan BERSABAR dalam segala keadaan yang akan saya hadapi.
Saya akan MENEGUR dan MENASIHAT sesiapa saja yang melakukan kesalahan.
Saya akan MENZIARAH seberapa KERAP yang mungkin AHLI KELUARGA saya dan isteri saya.
Saya akan BERHUBUNG dan BERTANYA KHABAR seberapa ramai SAHABAT saya SEKERAP MUNGKIN.
Saya akan MENABUNG sebahagian dari pendapatan untuk kegunaan masa KECEMASAN.

Setelah saya teliti dan muhasabah diri saya, saya dapati hampir kesemua AZAM BARU yang telah saya senaraikan untuk menghadapi tahun 2010 didapati 90% daripada nya telah TIDAK dapat saya LAKSANAKAN. Jadi apakah perlu saya menyenaraikan AZAM BARU bagi tahun 2011?

Apa yang perlu saya lakukan adalah MEMPERBAHARUI AZAM 2010 saya. Selagi kesemua AZAM BARU itu belum dapat DILAKSANAKAN SECARA PENUH maka TAK PERLU lah saya buat AZAM BARU 2011.

ANDA BAGAIMANA?