Isnin, 28 Februari 2011

Semasa Kecil, Setelah Dewasa

Kali ni saya nak menulis mengenai tabiat kita semasa kecil dan setelah dewasa. Entah di mana silapnya. Apa yang dididik dan diajar semasa kecil langsung tak menjadi amalan setelah dewasa. Masyarakat akan mula menunding jari untuk menuduh atau mencari siapa yang bertanggungjawab. Sama-samalah kita lihat dan fikirkan sedalam-dalamnya mengenainya. Mudah-mudahan masyarakat akan berubah menjadi lebih bertanggungjawab.

Semasa Kecil kita beratur bila nak membeli makanan di kantin, bila dah dewasa kita berebut-rebut. Malas nak beratur. Kononnya beratur tu macam budak sekolah. Malu. Berebut macam orang tak makan seminggu tu tak malu.Lelaki perempuan sama aje. Di mana perginya sopan santun dan budi bahasa kita.

Semasa kecil kita dididik untuk menghormati orang tua. Layan mereka dengan baik dan beri keutamaan kepada mereka. Bila dah dewasa, orang tua tu kita anggap menyusahkan, lembab dan banyak karenah. Jarang kita jumpa orang muda memberi laluan kepada orang tua. Dalam bas, komuter atau di mana saja si tua tu tercegak lah sendiri. Malah ada orang muda yang menolak yang tua hanya kerana nak ke depan.

Semasa kecil kita diajar untuk meminta izin sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kita minta izin untuk keluar rumah, untuk ambil makanan di dalam peti ais da berbagai lagi. Malangnya apabila dewasa, nak lalu depan orang pun kita main langgar aje. Dah lah tu, merunggut pula. Berat betul mulut nak dibuka meminta izin. Di pejabat, nak guna apa-apa barang main ambil aje. Tak pernah minta izin. Dah la tu tak dipulangkan setelah siap diguna.

Semasa kecil kita dididik untuk membuang sampah di dalam tong sampah. Malangnya bila dah dewasa kita buang sampah merata. Sebab tu kita dapat lihat tong sampah yang besar di tepi jalan kosong tapi sampah bersepah disekitar kawasan tong itu. Yang merokok akan jentik saja puntung rokok ke lantai atau keluar tingkap kereta. Tisu yang digunakan untuk lap mulut atau tangan digumpal dan dicampak aje ke lantai. Jika ada rasa malu tisu yang digumpal itu di jatuhkan aje ke bawah meja.

Semasa kecil kita dididik untuk berbudi bahasa dab bertutur dengan bahsa yang sopan. malangnya bila dah dewasa maki hamun dan berbahasa kesat itu satu kebiasaan. Pantang silap sikit mula lah maki hamun. Orang lain dikatakan BODOH, BANGANG dan entah apa lagi.

Semasa kecil kita dididik untuk memberi kepada orang lain serta berkongsi dengan orang lain. Tapi bila dewasa kita jadi tangkai jering. Susah benar nak memberi atau berkongsi. Kalau pun kita beri atau kongsi, merungutnya tak sudah-sudah. Sedekah (beri) RM1 tapi bebelnya berguni-guni.

Adakah anda bersikap seperti apa yang telah dicatatkan di atas? Rasanyanya sedikit sebanyak ada kut. Takpe lah kitakan makhluk yang lemah, jadi kena lah berusaha untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab. Mudah-mudahan masyarakat akan menjadi lebih cemerlang.

Rabu, 9 Februari 2011

MALAYSIA BOLEH !!!

Saya tertarik dengan beberapa kelakuan yang saya lihat berlaku dikalangan masyarakat Malaysia. Kadangkala apa yang dilakukan itu amat sesuai sekali dengan slogan "MALAYSIA BOLEH". Apakah tingkahlaku yang saya maksudkan itu. Ia adalah berkaitan dengan sikap masyarakat yang kerap melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Malah apa saja peraturan yang ada pasti ada saja mereka yang melanggarnya. Agaknya dah memang tabiat semulajadi masyarakat Malaysia. Di mana saja, dalam apa situasi pun, apa yang tak boleh atau dilarang akan menjadi boleh.

Di Larang Membuang Sampah Di Sini - Di situlah tempat sampah dilonggok.
Tong Sampah Besar - Tong nya kosong tetapi sampahnya berlonggok di sekeliling tong tersebut.
Tempat Dilarang Meletak Kenderaan - Di situlah terdapat kereta diletakkan.
Lampu Isyarat Merah ( Tanda Berhenti ) - Masa itulah kenderaan akan terus melaluinya.
Di mana saja kenderaan beratur - Disitulah pemandu akan memotong Q untuk berada di hadapan.
Koc Wanita Komuter - Dalam koc itu terdapat kaum lelaki yang mungkin tak tahu jantina dirinya.
Dilarang Merokok - Di situlah orang merokok.
Dilarang Tidur Di Dalam Masjid - Di situlah kita nampak orang sedang lena tidur.
Dilarang Menjaja Di Sini - Di situlah terdapat sebuah gerai menjalankan perniagaannya.
Lorong Motosikal Lebuhraya - Ianya lengang tidak kelihatan motosikal menggunanya.

Itulah beberapa situasi di mana apa yang TAK BOLEH menjadi BOLEH. Insyaallah jika ada kesempatan akan saya muatkan beberapa gambar yang berkaitan dengan isu ini. Sehingga itu, sama-sama lah kita fikirkan.

"MALAYSIA BOLEH!!"