Selasa, 15 Mac 2011

Mengapa Agaknya?

Saban hari kita akan berhadapan dengan berbagai karenah orang-orang di sekeliling kita. Kerapkali sikap dan perbuatan yang ditunjuk amat mengecewakan. Kadangkala saya tertanya "Mengapa Ya, Dia buat begitu?" Entahlah, mungkin dah memang perangainya begitu. Mungkin keadaan dirinya yang tak stabil. Mungkin juga egonya terlalu tinggi. Mungkin entah apa lagi, fikirkan lah sendiri.

Pernah tak anda mengalami peristiwa-peristiwa yang membuat anda naik angin atau geram? Sudah tentu ada kan? Cuba lihat kembali peristiwa tersebut dari sudut positif dan negatif. Misalnya:-

1. Anda sedang memandu dengan tenang dan dengan kelajuan yang sederhana di lebuhraya. Tanpa disangka-sangka, sebuah kereta dengan cara mengejut telah memotong anda dan masuk ke lorong di hadapan kereta anda. Apa agaknya tindakan yang akan anda ambil?

2. Anda sedang beratur untuk membeli makanan di sebuah kafeteria. Barisan nya agak panjang dan masa menunggu sudah agak lama. Tanpa dijangka muncul seorang yang bergaya dan segak telah terus ke kaunter dan memesan makanan tanpa menghirau orang lain yang telah beratur begitu lama. Mengapa ya dia berbuat begitu? Siapa agaknya dia?

3. Perkara yang sama juga kerap berlaku di kaunter bank. Ramai yang mengambil nombor panggilan dan duduk di kerusi yang telah disediakan dengan penuh kesabaran. Tetapi ada pula sesorang yang terus ke kaunter dan mendapat perkhidmatan dengan segera. Malangnya apabila anda berbuat sama seperti orang tadi pegawai di kaunter minta anda duduk dan tunggu nombor giliran dipanggil. Hai! Pelik dan Ajaib. Apa bezanya orang itu dengan anda?

4. Anda memasuki sebuah restoran untuk menikmati makanan dan minuman di restoran tersebut. Lama anda menunggu si pelayan yang sudah tentunya bukan warga kita untuk melayan anda. Si pelayan meletakkan Menu di atas meja dan terus beredar dari situ untuk memberi peluang untuk anda memilih makanan yang ingin dipesan. Sebentar lagi datang seorang pelanggan yang bergaya dan dengan sombongnya dia memanggil pelayan itu. Pelayan itu diminta berdiri di sebelahnya untuk mengambil pesanan. Dengan taat pelayan tersebut tercegak menunggu untuk megambil pesanan. Setelah sekian lama barulah selesai pesanan dibuat. Apabila si pelayan mula beredar anda pun menahannya untuk membuat pesanan, tetapi sipelayan buat tak endah aje. Dalam masa beberapa minit makanan yang telah dipesan oleh orang tadi telah dihantar ke mejanya. Selepas itu baru lah sipelayan tadi datang ke meja anda untuk mengambil pesanan. Aduh bengannya. Apa agaknya tindakan anda ya? Mengapa agaknya jadi begitu? Apa istimewanya orang itu? Apa kurangnya anda?

Sikap ego dan besar kepala sesetengah orang amat menyakitkan hati. Apa adakah kita ini dikategorikan mengikut kasta? Yang berpelajaran tinggi dan yang berpelajaran rendah, Yang kaya dan yang miskin, Yang berpangkat tinggi dan yang tidak berpangkat. Jadi layanan yang akan diberi kepada kita ditentukan oleh siapa kita. Rendah mertabat kita maka layanannya ala kadar aje lah, tapi jika tinggi kedudukan kita maka istimewalah layanan yang akan kita dapat. Kalau perkara ini berlaku dikalangan masyarakat umum saya tak lah hairan sangat. Tetapi apabila perkara seperti ini berlaku dikalangan orang ISLAM, Masya Allah di manakah letaknya keperibadian seorang Muslim sejati.

Mengapa Agaknya Semua Ini Berlaku?