Rabu, 25 Mei 2011

Rakan-Rakan Class of 68 SMSYP Kuala Krai

Wahai rakan-rakan sekalian. untuk mendapatkan Senarai Nama yang lengkap dengan alamat dan no telefon sila clik pada link yang disertakan. Senarai ini adalah sehingga 30 April 2011. Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Clik di sini untuk muat turun:

TV OH TV

Hari ni saya nak bercakap sedikit tentang rancangan yang disiarkan oleh rangkaian-rangkaian tv di negara kita. Baru-baru ni salah seorang sahabat saya merungut tentang program "Ewah Ewah" yang disiarkan oleh TV3. Bila direnungkan banyak juga rancangan yang disiarkan di TV negara kita terlalu rendah nilai dan mutunya. Saya tertanya ke manakah arah yang nak dibawa masyarakat kita terutama sekali anak-anak kecil. Cuba kita lihat rancangan Macam-Macam Aznil, kita dipaparkan dengan budaya apa saya pun tak tahu. Anak-anak kecil yang terlibat dalam tarian memakai pakaian yang tiada langsung menggambarkan budaya Melayu. Apatah lagi budaya Islam. Rancangan "Melodi" adalah satu lagi rancangan yang banyak mengaibkan orang yang terlibat. Apa perlunya kita dipaparkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perbalahan antara artis, pergolakan rumah tangga orang dan entah apa lagi yang tak sepatutnya kita ambil tahu.
Saya ingin ucapkan Tahniah kepada RTM yang banyak mengemukan rancangan yang memberi pengetahuan. Saya tak kata yang RTM bersih daripada rancangan-rancangan yang kurang baik. Rasanya kita buat kajian tentang perkara ini dan ajukan cadangan dan pandangan serta dapatan kita kepada Pak Menteri agar sesuatu dapat dilakukan. Memang betul kita yang memilih apa yang kita nak tengok, tapi kalau dah kebanyakkan yang dipaparkan tidak memberi kita banyak pilihan akhirnya pilihan yang ada cuma "Tak Payah Tonton TV". Adalah lebih baik kita tonton rancangan-rancangan yang dipaparkan oleh National Geographic, Discovery, Oasis, Travel & Living, History, Animal Planet dan banyak lagi. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat dan menghayati keindahan alam dan kekuasaan Allah. Jadi pilihannya pada kita. Selamat menonton.