Rabu, 20 Julai 2011

Perubahan Sikap Kerana Harta

Kali ini saya ingin berbicara mengenai bagaimana manusia boleh bertukar sikap dan peribadinya hanya kerana harta. Kalau dulu mereka adalah ramah dan penyayang, maka sekarang menjadi sombong dan pembenci. Banyak cerita mengenainya yang telah dihebahkan oleh masyarakat. Biasanya sifat sebegini akan kelihatan apabila berlaku kematian di dalam sesuatu keluarga. Meninggal saja seorang hamba Allah maka mulalah episod perubutan harta yang ditinggalkan aruah. Masing-masing akan mula menuntut haknya. Rasa tidak puas hati akan membara disanubari setiap yang berhak atau yang ada kaitan dengan aruah. Asas pengetahuan hukum hakam agama Islam dalam hal pembahagian harta amat penting. Apabila kita tidak memahaminya maka timbullah berbagai andaian dan anggapan tentang pembahagian harta tersebut. Akan wujudlah persoalan tentang adil atau tidak pembahgian yang diputuskan oleh mahkamah. Siapakah kita untuk mempertikaikan hukum yang telah ditentukan oleh Yang Maha Adil lagi Maha Bijak Allah swt. Malah masih ramai diantara kita yang tidak akur denganNya.

Amat jelas sekali di dalam Al Quran tentang pembahgian harta aruah. Dalam surah An-Nisa' ayat 2, 6 - 14 Allah telah berfirman tentang pengurusan harta anak-anak yatim serta hukum orang yang berlaku zalim terhadap mereka yang berhak. Terlalu ramai sudah mereka yang telah dianiayai oleh ahli-ahli keluarga yang tamak serta cetet ilmu agama. Saya berdoa agar mereka yang bersikap tamak dan rakus itu akan sedar dan insaf akan perbuatan mereka. Semoga Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka.

Amin ya Rabbal Alamin.