Rabu, 16 November 2011

Pesanan ALLAH swt kepada Hamba NYA.

Allah subhanahuwataala telah berfirman di dalam Al Quran di dalam Surah Al Baqarah ayat 117 dengan mengingatkan manusia bahawa pokok kepada segala kebajikan adalah ketaqwaan kepada NYA.

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kabajikan itu ialah, beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba sahaya, mendirikat solat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itu lah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa"
(Surah Al Baqarah, ayat 117)

Kita diperintah untuk beriman kepada Allah dan semua yang dinyatakan di dalam ayat tersebut. Kita juga diperintah untuk bersedekah dan berzakat. Kita diperintah untuk menunaikan segala janji yang telah kita janjikan. Jika kita bersabar apabila kita diuji dengan kesusahan, kesempitan dan penderitaan maka itu adalah sebenar-benar iman dan sebenar-benar taqwa. Marilah kita laksanakan tanggungjawab kita terhadap ALLAH swt dengan penuh keikhlasan, kesungguhan dan ketaatan. Moga-moga kita akan diletakkan bersama para ambiak dan mereka-mereka yang dikasihi ALLAH.