Selasa, 4 Disember 2012

Perubahan - Perlu, Bila dan Mengapa

Perubahan akan berlaku dari masa ke masa. Cuba kita lihat perubahan yang telah berlaku disekeliling kita. Perubahan cara hidup kita, cara kita bergaul, cara kita mengadakan majlis dan cara kita bekerja. Banyak yang telah kita lalui dari satu era ke satu era. Bagi diri saya yang dilahirkan pada tahun 1951, iaitu zaman pra merdeka. Pada masa itu cara hidup saya maupun cara saya bergaul banyak dipengaruhi oleh pengaruh Barat. Ia adalah kerana pada masa itu kita berada dalam pemerintahan kuasa British. Jadi banyaklah aktiviti harian saya sekeluarga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara British. Tambahan pula ayah saya pada masa itu sedang bertugas sebagai Pegawai Polis yang sudah tentunya telah menerima latihan di England. Sedikit sebanyak pengaruh gaya hidup Barat itu adalah amalan harian kami sekeluarga. Masa berjalan tahun ke tahun. Kita akan nampak perubahan yang berlaku di dalam amalan harian kita yang mungkin telah berubah tanpa disedari. Kita akan mula mengamal sikap, sifat dan perilaku serta tuturkata yang berbeza dari dulu. Ini adalah kerana kita ingin menyesuaikan diri kita dengan norma dan amalan yang sedang diamalkan pada masa kini. Teringat saya tentang "Teori Evolution Of Species". Teori tersebut mengutarakan bahawa haiwan akan mengubahkan dirinya mengikut suasana dan persekitaran demi kehidupan spesis masing-masing.

Mengapa kita perlu berubah? Perubahan perlu dilakukan apabila apa yang sedang kita amalakan dan gunapakai pada suatu masa dahulu sudah menjadi tidak sesuai lagi sekarang. Kalau dulu kita guna dapur kayu, kita mula ubah kepada dapur arang apabila kayu amat sukar diperolehi. Dengan wujudnya gas memasak maka kita ubah pula kepada dapur gas. Dari situ kita berubah pula kepada dapur induksi. Gaya dan cara memasak juga berubah. Malah berbagai jenis masakan baru mula dicipta bersesuaian dengan gaya dan cara memasak. Perubahan di dalam alam dapau amat besar sekali. Kalau dulu rempah ratus perlu ditumbuk atau digiling sebelum boleh digunakan untuk memasak sekarang ianya boleh didapat dalam bentuk serbuk atau pes di mana-mana kedai runcit dan pasaraya. Kalau dulu kelapa perlu dikait, dikupas, dibelah, dikukur dan diperah untuk mendapatkan santannya, sekarang semuanya boleh didapati dalam bentuk serbuk atau cair di dalam pek atau tin. Jika nak disenaraikan semua perubahan yang berlaku disekeliling kita tak terkira banyaknya.

Manusia mula mahu memendekkan masa untuk melakukan sesuatu tugas. Maka mereka mula mencari jalan bagaimana nak ubah cara bekerja. Di pejabat mesin menaip sudah tidak kelihatan lagi. Hampi kesemuanya telah diganikan dengan alat-alat digital dan komputer. Lihat saja pada masa perayaan, pengiriman kad ucapab sudah berkurangan. Ramai yang dah mula mengirim kad elektronik melalui internet. Malah ada yang mengirimnya melalui Sisten Pesanan Ringkas (SMS). Membeli belah pun dah boleh dibuat dari mana-mana sahaja. Cuma buat saja pesanan melalui internet. Cara hidup kita sudah mula menjadi lembab dari segi pergerakan fizikalnya. Kita lebah banyak mengguna masa untuk duduk dan berinteraksi dengan peralatan canggih IT dan Digital. Maka akan wujudlah satu masyarakat yang jarang berinteraksi secara peribadi dengan bertemu muka. Aktiviti riadah di luar kawasan rumah juga adalah terhad sehinggakan jiran pun tidak pernah bertegur sapa.

Perubahan boleh dilakukan dalam beberapa aspek hidup tertentu sahaja. Interaksi sesama manusia perlu dilakukan secara tradisinal di mana manusia perlu bersua muka dan bergaul mesra antara satu sama lain bagi mewujudkan kesefahaman dan keharmonian. Berinteraksi antara manusia secara fizikal akan menjadikan kan kita kelompok yang memahami budaya dan cara hidup di antara kita. Kesefahaman inilah yang akan menjadikan manusia hidup bahagia dan harmoni sesama kita. Perubahan itu perlu, tetapi bila, di mana dan mengapa bergantung kepada perkara-perka yang tertentu sahaja. Berubahlah jika perubahan itu akan membawa kita ke arah kebaikan, kebahgiaan dan keharmonian hidup. Jangan berubah jika perubahan itu akan merosak masyarakat.


Selasa, 25 September 2012

SEORANG SUAMI YANG SOLEH


Seorang suami yang soleh :

·         Adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat.

·         tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.

·         adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji,adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji,adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji,adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji,Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji,

·         akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.

·         adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya dan isteri adalah amanah yang diberikan kepadanya.

·         adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya.

·         adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan isterinya.

·         akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh kasih menghargai pendapat  isteri dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.

·         akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya dengan kebiasaan-kebiasaan yang baik, mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya menapak menuju keredhaan Allah.

·         adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ia bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.

·         adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya membesar, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa menuju kejayaan di dunia dan Akhirat kelak.

·         adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…

 

Ringkasan dari nukilan sahabat FB Mimi Marina Jaafar. Semoga dapat dihayati dan dijadikan panduan hidup para suami. Insya Allah.

Khamis, 13 September 2012

Tanda-tanda Lemah Iman ......

1) Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah

2) Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca Al-Qur'an

3) Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan shalat

4) Meninggalkan sunnah

5) Memiliki suasana hati yang goyah, seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah

6) Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an dibacakan, seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukumanNya dan janji-janjiNya tentang kabar baik.

7) Kesulitan dalam berzikir dan mengingat Allah

8) Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah

9) Menginginkan jabatan dan kekayaan

10) Kikir dan bakhil, tidak mau membagi rezeki yang dikurniakan oleh Allah

11) Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan, sementara dirinya sendiri tidak melakukannya

12) Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan semestinya

13) Hanya memperhatikan yang halal dan yang haram, dan tidak menghindari yang makruh

14) Mengolok-olok orang yang berbuat kebaikan kecil, seperti membersihkan masjid

15) Tidak mau memperhatikan keadaan kaum muslimin

16) Tidak merasa bertanggung jawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam

17) Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya, seperti menangis dan meratap-ratap di kuburan

18) Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti

19) Merasa asyik dan sangat tertarik dengan dunia, kehidupn duniawi, seperti merasa resah hanya ketika kehilangan sesuatu materi kebendaan

20) Merasa asyik (ujub) dan terobsesi pada diri sendiri

Selasa, 10 Julai 2012

SEKADAR MENCERMINKAN DIRI

Betapa besarnya nilai wang kertas RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya jika di bawa ke Mall untuk berbelanja.

Betapa lama rasanya melayani ALLAH selama 15 minit;
namun betapa singkat rasanya jika menonton filem.

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa kepada ALLAH;
namun betapa mudahnya untuk mengeluarkan kata-kata nista.

Betapa asyiknya apabila hiburan dipanjangkan waktunya;
namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama daripada biasa.

Betapa sukarnya untuk membaca satu halaman dari kitab suci Al Qur'an;
namun betapa mudahnya membaca 100 halaman novel dan majalah.

Betapa beria-ia orang hendak duduk di baris hadapan untuk menyaksi sesuatu pertunjukan;
tapi betapa seronoknya berada di saf paling belakang ketika berada di masjid.

Betapa mudahnya membuat dosa selama 40 tahun demi memuaskan nafsu;
namun betapa susahnya untuk menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa di bulan Ramadhan.

Betapa liatnya untuk menyediakan waktu solat 5 waktu;
namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu untuk sesuatu yang mengasyikkan dan menyeronokkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam kitab suci Al Qur'an;
namum betapa mudahnya untuk menghafal lirik lagu kegemaran kita.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dibaca di dalam akhbar;
tapi betapa kita meragui apa yang difirmankan di dalam kitab suci Al Qur'an.

Betapa takutnya kita apabila dipanggil oleh Boss dan dengan pantas kita menghadapnya;
tetapi betapa kita berani dan melengah-lengah untuk menghadap  ALLAH saat azan berkumandang.

Betapa ruginya kita kerana tidak pandai menilai mana yang baik dan mana yang tidak;
ayuh kita sama-sama nasihat menasihati antara kita agar kita tidak tergolong dikalangan mereka-mereka yang RUGI di sisi ALLAH swt.

Selasa, 31 Januari 2012

Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”

(Abu Daud & Ahmad)

Salah satu cara untuk kita membalas jasa kedua ibubapa, kita hendaklah membaca dan mengamalkan apa yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran. Ibu bapa kita akan dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sinaran mahkota itu mengatasi cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah kita. Jika difikirkan matahari terletak begitu jauh sekali dari kita...walaubagaimanapun cahayanya cukup terang. Bayangkan sinaran dari mahkota yang akan dipakaikan kepada ibubapa kita adalah lebih bersinar lagi dari cahaya matahari...Alangkah hebatnya kekuasaan Allah S.W.T...Oleh itu marilah kita sama-sama mempertingkatkan
bacaan Al-Quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya...

Hasil nukilan : Laniaz Nidiba melalu FB

Rabu, 18 Januari 2012

Gelaran Oh Gelaran

Hari ini Pak Ngah nak bercakap sedikit mengenai tabiat gelar menggelar di kalangan masyarakat kita. Gelaran nama adalah satu perbuatan yang dah menjadi budaya dalam masyarakat kita tak kiralah sama ada di kalangan orang Melayu, Cina atau India. Agaknya memanggila seseorang itu dengan gelaran dianggap sebagai sesuatu yang biasa. Malah ada yang nerasakan bahawa gelaran itu adalah tanda kemesraan. Adakalanya gelaran merupakan satu penghinaan atau pun sesuatu yang jengkel.

Masyarakat Melayu terutama sekali di kawasan kampung kita akan biasa mendengar gelaran diberi kepada anak-anak. Nama yang didaftar di dalam Sijil Kelahiran Khalid tetapi nama gelaran di rumah dan di kalangan saudara mara adalah Ramli. Banyak lagi contoh seperti Ramli - Moli, Yusof - Cop, Ramlah - Molah yang biasa digunakan dikalangan orang kampung.Adakala gelaran-gelaran yang agak tidak manis juga biasa digunakan terutama sekali jika tuan punya badan itu ada kecacatan pada dirinya. Jika ia gemuk digelar Debab atau Bab, jika kurus digelarnya pulak Jerangkung atau Kedeking, jika tempang digelarnya pula Senget. Macam-macamlah gelaran yang diberi kepada kita mengikut keadaan fizikal kita. Adakalanya pula kita juga digelar mengikut tabiat kita. Jika cakap banyak digelarnya Becok atau Bebel. Jika senang menitis air mata digelarnya Kememe. Demikianlah keadaannya tabiat masyarakat kita.

Adakah perbuatan ini satu perbuatan yang baik? Adakah ia sesuatu yang digemari mereka yang digelar? Tidakkah ia akan mengguriskan hati dan perasaan yang digelar. Cuba kita lihat apakah pandangan dari sudut agama Islam. Di dalam ayat 148 Surah An Nisaa' ALLAH swt berfirman, maksudnya " Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali orang orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Ucapan buruk sebagai mencela, memaki dan menerangkan keburukan orang lain serta menyinggung perasaan orang adalah ditegah sama sekali.

Dengan itu adalah lebih baik kita sama-sama nasihat menasihati orang yang suka memberi gelaran kepada orang lain supaya berhenti berbuat demikian. Moga-moga Allah akan mengampun dosa kita. Kita perlu memohon maaf daripada orang yang selalu kita panggil denga gelaran-gelaran yang tak elok. Semoga dosa kita akan diampunkan.

Wallahhuaalam.

Jumaat, 13 Januari 2012

ANDA BOLEH DIPERCAYAI?

Hari ini Pak Ngah nak bercakap berkenaan nilai seseorang pada masyarakat. Adakah dia seorang yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Jika ia boleh dipercayai, apakah sebabnya dan jika ia tak boleh dipercayai apakah sebabnya. Cuba kita sama-sama lihat pernyataan-pernyataan di bawah ini.

Anda kerap:-

- merancang dan menyusun atur tugasan anda dengan teliti dan teratur.
- merasakan bahawa anda tak mampu menyelesaikan semua masalah yang dikemukakan kepada anda.
- amat berhati-hati dan teliti apabila membuat keputusan untuk bersetuju menerima sesuatu tugas yang ditawarkan kepada anda.
- berlaku tegas dan teliti dalam melaksanakan semua tugas yang telah anda terima dan setuju untuk laksanakannya.
- menolak tugas yang ditawarkan kepada anda jika anda rasa anda tak mampu melaksanakannya dengan baik.
- tidak akan membuat sebarang janji jika anda rasa anda tak mampu untuk menunaikannya.
- merasakan anda tak pernah terlalu dibebani dengan banyak tugas dan juga tak pernah rasa tertekan semasa bertugas.
- mementingkan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga lebih daripada ingin menjaga hati dan kebahagiaan orang lain.
- menghasilkan hasil kerja yang baik, kemas, teratur dan bermutu tinggi apabila anda telah sanggup untuk menerima sesuatu tugas itu.
- terpaksa undur setapak untuk mengkaji, menilai dan mencari jalan penyelesaian apabila anda berhadapan dengan masalah semasa menjalankan tugas yang telah anda sanggup laksanakan.
- bersikap "lebih kurang" dengan orang lain dan apabila anda memerlukan pertolongan, orang lain juga akan bersikap "lebih kurang" dengan anda.

Adakah anda salah seorang penjawat jawatan yang kerap mengamalkan semua yang tertera di atas? Jika YA maka anda adalah seorang yang BOLEH DIPERCAYAI. TAHNIAH!!!!!

Selasa, 10 Januari 2012

Adap Berpakaian, Makan dan Minum

Adap berpakaian, makan dan minum bagi umat Islam telah dinyatakan dengan jelas oleh Allah swt di dalam Al Quran menerusi Surah Al A'Raaf ayat 31 hingga 32. Di dalam ayat 31 Allah telah berfirman yang bermaksud " Hai anak Adam, pakailah pakaian mu yang indah di setiap (memasuki masjid)*, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan**. Sesungguhnya Allah tidak tidak menyukai orang-orang yang berlebihan."

*Kita disarankan agar sentiasa berpakaian kemas, bersih dan cantik terutama sekali ketika kita mengerjakan ibadah. Ketika mengerjakan solat kita mengadapkan diri kita kehaderat Allah swt menyerah dan memohon keampunan dari NYA. Maka adalah wajar sekali kita sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan ketika itu. Kita juga patut elakkan untuk berlebihan dalan mengenakan pakaian. Cukuplah sekadar bersih, kemas dan mematuhi syariat.

**Kita juga disarankan agar memakan dan meminum makanan dan minuman yang baik-baik,bersih dan halal. Sikap suka berlebih-lebihan adalah sesuatu yang tidak disukai Allah. Sikap suka makan atau minum melebihi dari keperluan tubuh kita adalah perbuatan yang zalim. Kita menzalimi tubuh kita dengan beban makanan yang berlebihan. Sudah tentulah tubuh kita tidak akan mampu untuk menghadzam makan yang berlebihan itu dengan baik dan sempurna. Makanlah mengikut kadar yang diperlukan oleh tubuh kita. Halal tidak bermakna kita boleh makan sebanyak mana yang kita nak. Makanlah mengikut keperluan sahaja.

Sama-samalah kita hayati dan amalkan perintah Allah swt agar kita akan ditempatkan bersama-sama mereka yang beruntung dan bertaqwa.