Selasa, 31 Januari 2012

Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”

(Abu Daud & Ahmad)

Salah satu cara untuk kita membalas jasa kedua ibubapa, kita hendaklah membaca dan mengamalkan apa yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran. Ibu bapa kita akan dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sinaran mahkota itu mengatasi cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah kita. Jika difikirkan matahari terletak begitu jauh sekali dari kita...walaubagaimanapun cahayanya cukup terang. Bayangkan sinaran dari mahkota yang akan dipakaikan kepada ibubapa kita adalah lebih bersinar lagi dari cahaya matahari...Alangkah hebatnya kekuasaan Allah S.W.T...Oleh itu marilah kita sama-sama mempertingkatkan
bacaan Al-Quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya...

Hasil nukilan : Laniaz Nidiba melalu FB

Rabu, 18 Januari 2012

Gelaran Oh Gelaran

Hari ini Pak Ngah nak bercakap sedikit mengenai tabiat gelar menggelar di kalangan masyarakat kita. Gelaran nama adalah satu perbuatan yang dah menjadi budaya dalam masyarakat kita tak kiralah sama ada di kalangan orang Melayu, Cina atau India. Agaknya memanggila seseorang itu dengan gelaran dianggap sebagai sesuatu yang biasa. Malah ada yang nerasakan bahawa gelaran itu adalah tanda kemesraan. Adakalanya gelaran merupakan satu penghinaan atau pun sesuatu yang jengkel.

Masyarakat Melayu terutama sekali di kawasan kampung kita akan biasa mendengar gelaran diberi kepada anak-anak. Nama yang didaftar di dalam Sijil Kelahiran Khalid tetapi nama gelaran di rumah dan di kalangan saudara mara adalah Ramli. Banyak lagi contoh seperti Ramli - Moli, Yusof - Cop, Ramlah - Molah yang biasa digunakan dikalangan orang kampung.Adakala gelaran-gelaran yang agak tidak manis juga biasa digunakan terutama sekali jika tuan punya badan itu ada kecacatan pada dirinya. Jika ia gemuk digelar Debab atau Bab, jika kurus digelarnya pulak Jerangkung atau Kedeking, jika tempang digelarnya pula Senget. Macam-macamlah gelaran yang diberi kepada kita mengikut keadaan fizikal kita. Adakalanya pula kita juga digelar mengikut tabiat kita. Jika cakap banyak digelarnya Becok atau Bebel. Jika senang menitis air mata digelarnya Kememe. Demikianlah keadaannya tabiat masyarakat kita.

Adakah perbuatan ini satu perbuatan yang baik? Adakah ia sesuatu yang digemari mereka yang digelar? Tidakkah ia akan mengguriskan hati dan perasaan yang digelar. Cuba kita lihat apakah pandangan dari sudut agama Islam. Di dalam ayat 148 Surah An Nisaa' ALLAH swt berfirman, maksudnya " Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali orang orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Ucapan buruk sebagai mencela, memaki dan menerangkan keburukan orang lain serta menyinggung perasaan orang adalah ditegah sama sekali.

Dengan itu adalah lebih baik kita sama-sama nasihat menasihati orang yang suka memberi gelaran kepada orang lain supaya berhenti berbuat demikian. Moga-moga Allah akan mengampun dosa kita. Kita perlu memohon maaf daripada orang yang selalu kita panggil denga gelaran-gelaran yang tak elok. Semoga dosa kita akan diampunkan.

Wallahhuaalam.

Jumaat, 13 Januari 2012

ANDA BOLEH DIPERCAYAI?

Hari ini Pak Ngah nak bercakap berkenaan nilai seseorang pada masyarakat. Adakah dia seorang yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Jika ia boleh dipercayai, apakah sebabnya dan jika ia tak boleh dipercayai apakah sebabnya. Cuba kita sama-sama lihat pernyataan-pernyataan di bawah ini.

Anda kerap:-

- merancang dan menyusun atur tugasan anda dengan teliti dan teratur.
- merasakan bahawa anda tak mampu menyelesaikan semua masalah yang dikemukakan kepada anda.
- amat berhati-hati dan teliti apabila membuat keputusan untuk bersetuju menerima sesuatu tugas yang ditawarkan kepada anda.
- berlaku tegas dan teliti dalam melaksanakan semua tugas yang telah anda terima dan setuju untuk laksanakannya.
- menolak tugas yang ditawarkan kepada anda jika anda rasa anda tak mampu melaksanakannya dengan baik.
- tidak akan membuat sebarang janji jika anda rasa anda tak mampu untuk menunaikannya.
- merasakan anda tak pernah terlalu dibebani dengan banyak tugas dan juga tak pernah rasa tertekan semasa bertugas.
- mementingkan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga lebih daripada ingin menjaga hati dan kebahagiaan orang lain.
- menghasilkan hasil kerja yang baik, kemas, teratur dan bermutu tinggi apabila anda telah sanggup untuk menerima sesuatu tugas itu.
- terpaksa undur setapak untuk mengkaji, menilai dan mencari jalan penyelesaian apabila anda berhadapan dengan masalah semasa menjalankan tugas yang telah anda sanggup laksanakan.
- bersikap "lebih kurang" dengan orang lain dan apabila anda memerlukan pertolongan, orang lain juga akan bersikap "lebih kurang" dengan anda.

Adakah anda salah seorang penjawat jawatan yang kerap mengamalkan semua yang tertera di atas? Jika YA maka anda adalah seorang yang BOLEH DIPERCAYAI. TAHNIAH!!!!!

Selasa, 10 Januari 2012

Adap Berpakaian, Makan dan Minum

Adap berpakaian, makan dan minum bagi umat Islam telah dinyatakan dengan jelas oleh Allah swt di dalam Al Quran menerusi Surah Al A'Raaf ayat 31 hingga 32. Di dalam ayat 31 Allah telah berfirman yang bermaksud " Hai anak Adam, pakailah pakaian mu yang indah di setiap (memasuki masjid)*, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan**. Sesungguhnya Allah tidak tidak menyukai orang-orang yang berlebihan."

*Kita disarankan agar sentiasa berpakaian kemas, bersih dan cantik terutama sekali ketika kita mengerjakan ibadah. Ketika mengerjakan solat kita mengadapkan diri kita kehaderat Allah swt menyerah dan memohon keampunan dari NYA. Maka adalah wajar sekali kita sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan ketika itu. Kita juga patut elakkan untuk berlebihan dalan mengenakan pakaian. Cukuplah sekadar bersih, kemas dan mematuhi syariat.

**Kita juga disarankan agar memakan dan meminum makanan dan minuman yang baik-baik,bersih dan halal. Sikap suka berlebih-lebihan adalah sesuatu yang tidak disukai Allah. Sikap suka makan atau minum melebihi dari keperluan tubuh kita adalah perbuatan yang zalim. Kita menzalimi tubuh kita dengan beban makanan yang berlebihan. Sudah tentulah tubuh kita tidak akan mampu untuk menghadzam makan yang berlebihan itu dengan baik dan sempurna. Makanlah mengikut kadar yang diperlukan oleh tubuh kita. Halal tidak bermakna kita boleh makan sebanyak mana yang kita nak. Makanlah mengikut keperluan sahaja.

Sama-samalah kita hayati dan amalkan perintah Allah swt agar kita akan ditempatkan bersama-sama mereka yang beruntung dan bertaqwa.