Isnin, 16 Januari 2017
Pesanan Kepada Semua Ibu Bapa
Berikut adalah nukilan daripada salah seorang guru yang pernah saya didik dulu. Ingin kogsikan di sini untuk semua.
Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...
Tanamkan dalam hati bahawa;
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.
2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.
Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.
Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Terima kasih.
Ahad, 15 Januari 2017
Sesi Persekolahan 2017 dah datang dah ......
Sejak akhir-akhir ini kerap kedengaran ibu bapa merungut tentang kos persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan 2017. Apa yang menarik perhatian saya ialah rungutan tersebut bukanlah satu perkara baru, malah ianya telah menjadi trend yang berlaku setiap awal sesi persekolahan. Cuba bayangkan jika kos persekolahan seorang anak adalah sebanyak RM500 seorang, bermakna seorang bapa yang mempunyai 3 orang anak yang bersekolah akan memerlukan wang sebanyak RM1500.00. Banyak tu! Mengapa ye kos persekolahan sampai RM500 sorang? Apa tidaknya. Uniform sekolah 2 pasang, Beg baru, Kasut dan stokin 2 pasang, Buku tulis dan alatan tulis, Buku Kerja, Tali lehar, Tag nama, Kain Sampin, Sumbangan PIBG, Yuran Khas dan entah apa lagi. Itu pun nasib baik buku teks di beri percuma. Jika tidak, pengsan le. Rungutan ini kerap didengari di kalangan masyarakat Melayu. Jarang kedengaran di kalangan masyarakat lain. Mengapa ye?
Melalui perbualan saya dengan beberapa orang kenalan dari kaum lain terutama sekali kaum Cina, saya dapat maklumat baru tentang bagaimana mereka ini dapat menyelesaikan masalah tersebut di atas. Menurut kenalan saya yang berniaga sebagai penjual sayur di sebuah pasar, beliau menabung setiap hari untuk setiap orang anak. Setiap hari beliau akan mengenepikan RM 1.00 untuk setiap orang anak. Bermakna selama sebulan akan terkumpullah sebanyak RM 30.00. Setahuan dapatlah dikumpul sebanyak RM360.00 untuk setiap orang anak. Penjimatan dilakukan melalui mengurangkan kos belian alatan persekolahan. Apa yang masih elok dan tiada kerosakan akan di gunapakai terus, seperti beg sekolah, uniform, kasut, alatan tulis menulis dan buku rampaian. Tiada pembaziran berlaku terutama sekali dalam penggunaan buku rampaian. Buku Rampaian tahun lepas akan dikitar semula untuk kegunaan tahun ini. Amat berbeza sekali budaya dalam masyarakat kita orang-orang Melayu. Semuanya nak baru. Malahan budaya ini juga diamalkan semasa menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semua nak serba baru. Maka keluhan tidak akan berakhir. Bantuan RM 100.00 setiap pelajar, BR1M dan KWAMP telah membuat masyarakat Melayu alpa untuk menabung. Bagi kakitangan perkhidmatan awam pula mengharapkan "Bonus Tahunan". Takpe bonuskan ada. Itulah ucapan yang sering diucapkan.
Rasanya eloklah kita sama-sama ambil ikhtibar daripada apa yang telah diterangkan oleh kenalan saya di atas. Mulalah menabung dari sekarang agar masalah beban kewangan untuk sesi persekolahan anak-anak akan kurang. Malah dengan menabung secara bulanan beban kewangan akan dapat dikurangkan apabila tiba masanya. Insya Allah.

Rabu, 10 Jun 2015
Pengajaran Dari Al Quran - Surah Al An'aam ( Binatang Ternak) #1
Surah ini membicarakan tentang: 1. Keyakinan tentang keesaan Allah yang akhirnya akan menang, 2. Tuntutan-tuntutan dalam menghadapi masyarakat, 3. Cara Nabi Ibrahim A.S. memimpin kaumnya ke agama tauhid, 4. Mereka yang telah diberi kitab, hikmat dan kenabian. 5. Kebenaran wahyu, akibat berbuat dusta terhadap Allah dan larangan memaki berhala, 6. Sikap kepala batu kaum musyrikin dan sikap mereka terhadap kerasulan Muhammad saw., 7. Darjat seseorang seimbang dengan amalnya, 8. Peraturan-peraturan yang dibuat oleh kaum musyrikin dan pimpinan Allah terhadap kaum muslimin, 9.
Ayat 1 - 3 ( Dalil-dalil keesaan Allah) : Beriman kepada Allah Yang Maha Esa. Keimanan seseorang itu akan tumbuh dan mantap di dalam dirinya jika ia memikirkan tentang kebesaran dan kekuasan Allah yang terbentang di langit dan di bumi. Mereka yang menyedari bahawa ia dijadikan dari tanah dan kepada tanah ia dikembalikan akan kuat lah keimanan dan tauhidnya. Allah mengetahui apa yang dirahsiakan oleh hambanya. Allah juga mengetahui apa yang dilahirkan dan diusahakan.
Ayat 4 - 11 (Sebab-sebab kekafiran kaum musyrikin dan ancaman terhadap mereka) : Tentangan orang-orang kafir terhadap seruan Rasulullah. Mereka tidak mengindahkan dan mendengar ayat-ayat yang diterangkan oleh Rasulullah saw dan mereka akan merasi azabnya akibat dari tentangan itu. Mereka diajak untuk melihat sejarah kaum-kaum yang dahulu seperti kaum 'Add, Tsamud dan Fir'aun yang telah diberi nikmat dan kesenangan yang melimpah-ruah akhirnya dihancurkan akibat dari dosa dan keingkaran mereka. Mereka meminta agar Kitab diturunkan ke atas kertas, meminta agar diturunkan malaikat bersama Rasulullah saw malah jika sekalipun Rasulullah itu adalah seorang malaikat mereka tetap tidak akan akur dan beriman. Mereka juga telah menghina dan mengejek rasul-rasul sebelum Rasulullah dan telah diazabkan mereka oleh Allah SWT.
Ayat 12 - 21 (Keagungan Allah dan persaksian Nya atas kenabian Rasulullah) : Langit dan bumi adalah kepunyaan Allah. manusia akan dihimpun pada hari Kiamat tanpa sebarang keraguan. Segala yang ada pada siang dan malam adalah kepunyaan Allah swt. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengtahui. Allah yang menjadikan langit dan bumi. Allah yang memberi rezeki, Allah yang memberi pelindungan dan kita diperintah untuk menyerahkan diri kita kepada Nya serta jangan memasuki golongan musyrik. Azab yang amat berat bagi mereka yang durhaka kepada Allah swt. Azab dan rahmat itu ditentukan oleh Allah swt. Allah lah yang memberi dan menghilangkan kerana Dialah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Al Quran telah diwahyu kepada Rasulullah untuk memberi peringatan kepada kita. Kita diperintah untuk mengakui Tuhan yang Maha Esa dan mengenali Al Quran seperti mengenali anak sendiri. Mereka yang tidak beriman adalah yang paling rugi dan aniaya.
Akan disambung kemudian..

Langgan:
Catatan (Atom)