Ahad, 29 Ogos 2010

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI

Adakah ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah.....

supaya kita dapat jadi penilai yang baik.

supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG

supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk
mengalaminya.

supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai mereka yang kecewa, menderita dan sengsara akibat dugaan hidup, fahamilah
bahawa kehidupan kita ini semakin sampai ke penghujung jalannya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti sama ada akan menjadi milik kita.. Capai lah keredaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan larangan NYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH akan memberi segala permintaan hamba-NYA yang
menadah tangan meminta dengan penuh keikhlasan dan harapan HANYA kepada-NYA.
terutama sekali dalam bulan yang penuh berkat in Ramadhan Al Mubarak.

Jumaat, 30 Julai 2010

ZIKIR ADALAH SENJATA KEKUATAN JIWA

Perkara yang lazim yang kita terima ialah kekosongan akan diisi oleh sesuatu sama ada baik atau buruk. Jadi apabil jiwa kita kosong maka sudah tentu ia akan diisi oleh sesuatu. Maka sesuatu itu adalah bisikan Syatian laknatullah. Sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah swt dalam surah Az Zumar ayat 22 yang bermaksud "Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang membatu hatinya untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata."

Orang yang dengil dan keras hati untuk berzikir adalah manusia yang amat rugi kerana dia berada di kalangan mereka yang tidak disayangi dan diingati Allah swt. Hati yang dipenuhi dengan zikir, bertasbih, bertahlil dan beristighfar. Dengan berbuat demikian hati yang kosong akan dipenuhi oleh kalimah suci yang sudah tentu akan menjadi senjata yang kuat untuk mengelakkan diri dari dibisik dan diganggu oleh syaitan laknatullah.

Syaitan akan selalu berada hampir dengan orang yang lalai agar dia dapat mesuk ke dalam hati dan menguasainya apabila ianya kosong. Zikir yang diamalkan akan menghindar syaitan untuk hampir. Malah ia akan segera terbang meninggalkan kita dengan pantasnya. Ibn al-Qayyim telah mengumpulkan beberapa cara berzikir dalam bukunya "Al-Wabil As-Sayyib Min Al-Kalim At-Tayyib"

Zikir dan doa yang dilakukan secara ikhlas dengan penuh keinsafan dan rendah diri kepada Allah swt adalah senjata yang paling kuat dan ampuh yang akan melindungi manusia daripada gangguan Syaitan laknatullah. Jadikan zikir itu amalan harian kita pada setiap masa dan ketika, tak kira sama ada kita sedang memandu, bekerja atau melakukan apa saja aktiviti. Dalam apa keadaan sekali pun zikirlah kepada Allah swt.

Khamis, 8 Julai 2010

Bermanis Muka, Bersikap Lemah Lembut

Islam menganjurkan agar umatnya menampilkan diri dengan wajah yang ceria dan berseri serta senyum yang manis. ia merupakan adap dan suatu kebajikan. Ia nya sepatutnya menjadi amalan semua kaum Muslim.

Abu Dzar r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah bersabda. Maksudnya " Janganlah sekali-kali engkau meremehkan sesuatupun daripada kebajikan, meskipun sekadar berjumpa dengan saudara mu dengan wajah yang ceria(berseri-seri)" Hadith Riwayat Muslim.

Kata Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda."Setiap kebajikan adalah sedekah. Dan di antara kebajikan itu adalah berjumpa dengan saudara mu dengan wajah yang ceria" Hadith Riwayat At Tirmidzi.

Amalan di atas akan menguatkan dan mendalami ikatan persahabatan antara Ummah.

Menurut Imam Muslim,
Rasulullah pernah bersabda "Sesungguhnya Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan. Dia memberikan kepada kelembutan sesuatu yang tidak Dia berikan kepada kekerasan dan sesuatu yang tidak Dia berikan kepada yang lain."

Salah satu cara untuk membantu mengeratkan silatulrahim dan menghilangkan permusuhan di dalan hati kita adalah dengan saling berkirim hadiah antara teman.Sabda Rasulullah saw "Berjabat tanganlah kamu, maka rasa dendam akan hilang, Dan saling berkirim hadiahlah diantara kamu, maka rasa permusuhan akan hilang". Hadith Riwayat malik, Al Muwaththa.

Maka marilah kita mengamalkan sikap sentiasa Bermanis Muka dan Berlemah Lembut agar kita akan dapat mengeratkan tali silatulrahim sesama kita kaum Muslimin dan Muslimat.