Rabu, 21 Mei 2014

Pilihlah Sahabat Yang Sebegini

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Hati-hati dan jauhilah mereka yang seperti ini.

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Khamis, 27 Februari 2014

Ahklak Dengan Ibu Bapa

Kita seringkali dapat membaca berbagai tulisan mengenai berbuat baik kepada kedua orang tua kita. Ramai diantara kita yang copy & paste tulisan yang kita terbaca di dalam Facebook, Twitter dan Blog. Rasa bangga kerana telah dapat mengutarakan tulisan-tulisan yang mengajak kita berbakti dan berjasa kepada ibu bapa kita. Darjat dan mertabat ibu bapa dalam Islam amatlah tinggi. Ibu bapa adalah orang yang teristimewa dalam hidup kita selepas Allah swt dan Rasulullah saw. Menderhaka kepada ibu bapa adalah seolah-olah derhaka kepada Allah swt.

Dalil-dalil dan nas-nas dari Al Quran dan Sunnah amat banyak sekali mengenai tanggungjawab kita kepada ibu bapa. Di antaranya adalah:-

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu." (An Nisaa : 36)  Lain-lain ayat adalah; Surah Lukman : 14, Surah Al Isra : 23 - 24, Surah Al Ahqaf : 15 manakala diantara hadith-hadith Rasulullah yang berkaitan adalah seperti berikut;

" Keredhaan Allah terletak kepada leredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu bapa" ( Imam At Tarmizi ),
"Pada suatu waktu datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah sambil berkata; Siapakah yang lebih berhak menerima perkhidmatanku? lalu Rasulullah menjawab; "Ibumu." Lelaki itu bertanya lagi; Kemudian siapa pula?  Rasulullah menjawab; "Ibumu.", Tanya lelaki itu lagi, Kemudian siapa lagi? Jawab Rasulullah; "Ibumu." Soal lelaki itu, Kemudian siapa lagi?, Rasulullah menjawab, "Bapamu".   ( Muttafaqun Alaih)
"Orang yang paling besar haknya kepada seseorang anak, ialah ibunya." (Hakim)

Persoalannya di sini adalah sudahkah kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita untuk kedua ibu bapa kita. Jika sudah, adakah ia memadai dan mencukupi? Pernah datang seorang lelaki yang telah menyerahkan seluruh hasil pencariannya kepada ibunya lalu bertanya kepada Rasulullah; "Sudahkah saya membalas jasa ibu saya? Jawab Rasulullah: "Tidak, membalas satu nafasnya yang panjang pun tidak." Lelaki itu bertanya mengapa; Jawab Rasulullah; "Kerana ibumu memelihara kamu dan dia suka kamu panjang umur, sedang kamu memeliharanya tetapi kamu inginkan dia mati segera" Rasulullah telah menunjukkan kepada kita bahawa setiap pengorbanan dan kebaikan yang kita buat untuk ibu kita perlu ikhlas. Jika tidak ia adalah sesuatu yang sia-sia sahaja.

Maka di sini saya berkata kepada diri saya bahawa saya ini belum lagi dapat membalas jasa ibu bapa saya walaupun telah banyak yang telah saya lakukan untuk mereka. Nilai pengorbanan kepada kedua ibu bapa saya itu amatlah sedikit sekali. Saya bermohon agar Allah swt akan memberi saya kekuatan untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa saya secara ikhlas dan jujur. Jangan sedetik pun rasa tekilan
 atau rugutan apabila berbuat baik kepada ibu bapa kita. Mudah-mudahan pengorbanan kita itu akan diredhai oleh kedua ibu bapa kita barulah kita akan mendapat keredhaan Allah swt.

Isnin, 20 Januari 2014

Sabar Itu Satu Kebaikan

Sifat sabar itu amat perlu dalam kehidupan manusia. Kesabaran itu adalah kunci kejayaan hidup. Allah SWT amat suka pada orang yang sabar. Diantara ayat-ayat Al Quran yang memerintah agar manusia bersabar adalah :

Az Zumar : ayat 10 "Katakanlah: 'Hai hamba-hamba Ku yang beriman, bertkawalah kepada Tuhanmu'. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kabaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."

Al Anfal : ayat 46 "Dan taatlah kepada Allah dan Rasul Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang sabar."

Al Baqarah : ayat 155 " Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu , dengan sedikit katakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar."

Ali Imran : ayat 146 "Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar."

Sabar adalah salah satu sifat utama seorang Muslim. Manusia yang benar-benar beriman kepada Allah SWT akan mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi kerana apa saja yang berlaku itu adalah ketentuan Allah SWT. Seorang mukmin akan bersyukur apabila mendapat kebaikan serta bersabar apabila mendapat bencana kerana itu adalah baik baginya.

Ahad, 19 Januari 2014

Bersabar - Nukilan dari seorang sahabat.

BIARLAH ORANG MENGATA.....SABAR
Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata.
Biarlah orang memfitnah, jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja 
Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka 
Bercakaplah yang memberi faedah atau diam lebih baik 
Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita 
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatannya
Alangkah baiknya balas kejahatan orang dengan kebaikan 
Itulah panduan kita 
Jadikan ia panduan di dalam pergaulan 
Krisis tidak akan panjang, permusuhan tidak berlarutan
Itulah panduan jika ingin aman dan harmoni
Begitulah Islam memberi panduan 
Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia 
Tidak ada pada ajaran agama-agama lain dan sebarang ideologi 
Hanya ada pada Islam yang sejati 
Begitulah sebahagian etika didalam pergaulan 
Marilah kita bersama-sama mengamalkan bersungguh-sungguh 
Walaupun berat sekalipun penat 
Untungnya banyak di dunia akhirat