Selasa, 3 September 2019

Memperkasakan Ekonomi Melayu Islam ( Rasional Belilah Produk Melayu Islam )

Ingin saya berkongsi intipati dari satu artikel yang dipaparkan di dalam Facebook yang di tulis oleh saudara Adnan Seman. Ketika ini kerap dipertikaikan oleh kaum lain tentang tindakan kita sebagai orang Islam yang mahu memajukan perniagaan orang Islam sehinggakan tindakan kita untuk mengutamakan produk orang Islam dianggap sebagai satu tindakan yang akan mengeruhkan keadaan hubungan antara kaum. Adakah ia menjadi satu kesalahan untuk memajukan kaum sendiri? Selama ini kita sentiasa dihalang dan amat sukar untuk menembusi pasaran terutama sekali pasaran Peruncitan. Barang kaum Melayu Islam jarang kita dapat di kedai-kedai kaum Cina terutamanya. Jika ada pun ia nya seperti "hidup segan mati tak mau". Kedai-kedai runcit Melayu Islam juga amat sukar untuk mendapat bekalan terutama sekali dari pembekal bukan Melayu. Harga yang ditawarkan pun berbeza jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan kepada kaum mereka. Di sini ingin saya muatkan intisari artikel saudara Adnan Seman.

1. Orang Melayu perlu pentingkan produk, perkhidmatan dan perniagaan kaum sendiri sertimana kaum Cina mementing kaum mereka.

2. Sikap sayangkan bangsa sendiri adalah sikap terpuji. Sikap ini adalah amalan kaum Cina.

3. Memberi keutamaan kepada kedai-kedai dan produk orang Melayu Islam adalah langkah yang akan memudahkan kita maju, kuat dan berjaya dalam dunia perniagaan dan juga perjawatan. Perbezaan harga, tanggagaji dan taraf jawatan diamalkan oleh kaum Cina terhadap kaum lain.

4. Persatuan-persatuan perniagaan Cina mengawal harga dan mampu menghalang pesaing dalam setiap bidang perniagaan. Persatuan perniagaan Melayu juga perlu kuat dalam usaha membantu peniaga-peniaga Melayu.

5. Kekuatan mengutamakan perniagaan Melayu Islam akan mampu meningkatkan kekayaan orang Melayu dan dengan dana kekayaan itu Persatuan-persatuan perniagaan Melayu Islam mampu mewujudkan dan menyediakan biasiswa untuk anak-anak Melayu Islam sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Cina melalui Dong Zong

6. Kekuatan ekonomi yang mempunyai dana yang besar akan mampu membantu dan memperkukuhkan parti-parti politik Melayu Islam sebagaimana ianya berlaku bagi kaum Cina.

7. Pemilikan hartanah dikuasa oleh kaum Cina terutama sekali di kawasan bandar melalui hasil kekayaan yang terkumpul. Pemilikan hartanah oleh kaum Melayu Islam juga perlu diperluaskan.

8. Mengutamakan produk dan perkhidmatan orang Melayu Islam akan membolehkan kita mengawal aliran tunai dikalangan kita supaya ia tidak mengalir keluar kepada kaum lain.

9. Kita perlu sanggup buat sebaik mungkin untuk mengekalkan aliran tunai orang Melayu Islam kekal di dalam masyarakat Melayu Islam sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Cina.

10. Bangsa Melayu kerap dikaitan dengan gagal dalam perniagaan, gagal dalam kutipan dana untuk bantuan sekolah melalui PIBG dan politik mengharapkan bantuan kewangan orang atasan. Sifat "SAYANGKAN BANGSA SENDIRI SEPERTI KAUM CINA"  perlu diperkasakan dan digerakkan demi memajukan bangsa kita.

11. Aliran tunai orang Melayu amat besar sebab kuasa beli yang paling besar adalah dari orang Melayu. Dengan mengutamakan produk dan perniagaan bangsa sendiri yakinlah kita akan mempunyai banyak syarikat-syarikat besar dalam masa 20 - 50 tahun akan datang. Tidak mustahil kita akan mempunyai dana yang banyak untuk memajukan pendidikan anak-anak bangsa,pemilikan hartanah dan juga kuasa politik yang lebih bebas dari kawalan bangsa lain.

Demikianlah secara ringkas luahan saudara Adnan Seman. Adakah menjadi satu kesalahan bagi sesuatu bangsa itu berusaha dan bergerak secara kolektif dan bersatu untuk membangunkan bangsanya sendiri. Mengapakah apabila bangsa Melayu sedar dan bangkit untuk memajukan perniagaan dan produk bangsa mereka sebgaiman bangsa lain, ia dianggap sebagai satu kesalahan besar. Kebelakangan ini, apa saja yang dilakukan oleh orang Melayu dikatakan rasist, extrimis dan dan menggunakan agama. Sedangkan tindakan yang dilakukan oleh bangsa lain tidak dianggap sedemikian.

"SAYANGILAH BANGSA SENDIRI, MAJUKANLAH BANGSA SENDIRI"