Selasa, 3 September 2019

Memperkasakan Ekonomi Melayu Islam ( Rasional Belilah Produk Melayu Islam )

Ingin saya berkongsi intipati dari satu artikel yang dipaparkan di dalam Facebook yang di tulis oleh saudara Adnan Seman. Ketika ini kerap dipertikaikan oleh kaum lain tentang tindakan kita sebagai orang Islam yang mahu memajukan perniagaan orang Islam sehinggakan tindakan kita untuk mengutamakan produk orang Islam dianggap sebagai satu tindakan yang akan mengeruhkan keadaan hubungan antara kaum. Adakah ia menjadi satu kesalahan untuk memajukan kaum sendiri? Selama ini kita sentiasa dihalang dan amat sukar untuk menembusi pasaran terutama sekali pasaran Peruncitan. Barang kaum Melayu Islam jarang kita dapat di kedai-kedai kaum Cina terutamanya. Jika ada pun ia nya seperti "hidup segan mati tak mau". Kedai-kedai runcit Melayu Islam juga amat sukar untuk mendapat bekalan terutama sekali dari pembekal bukan Melayu. Harga yang ditawarkan pun berbeza jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan kepada kaum mereka. Di sini ingin saya muatkan intisari artikel saudara Adnan Seman.

1. Orang Melayu perlu pentingkan produk, perkhidmatan dan perniagaan kaum sendiri sertimana kaum Cina mementing kaum mereka.

2. Sikap sayangkan bangsa sendiri adalah sikap terpuji. Sikap ini adalah amalan kaum Cina.

3. Memberi keutamaan kepada kedai-kedai dan produk orang Melayu Islam adalah langkah yang akan memudahkan kita maju, kuat dan berjaya dalam dunia perniagaan dan juga perjawatan. Perbezaan harga, tanggagaji dan taraf jawatan diamalkan oleh kaum Cina terhadap kaum lain.

4. Persatuan-persatuan perniagaan Cina mengawal harga dan mampu menghalang pesaing dalam setiap bidang perniagaan. Persatuan perniagaan Melayu juga perlu kuat dalam usaha membantu peniaga-peniaga Melayu.

5. Kekuatan mengutamakan perniagaan Melayu Islam akan mampu meningkatkan kekayaan orang Melayu dan dengan dana kekayaan itu Persatuan-persatuan perniagaan Melayu Islam mampu mewujudkan dan menyediakan biasiswa untuk anak-anak Melayu Islam sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Cina melalui Dong Zong

6. Kekuatan ekonomi yang mempunyai dana yang besar akan mampu membantu dan memperkukuhkan parti-parti politik Melayu Islam sebagaimana ianya berlaku bagi kaum Cina.

7. Pemilikan hartanah dikuasa oleh kaum Cina terutama sekali di kawasan bandar melalui hasil kekayaan yang terkumpul. Pemilikan hartanah oleh kaum Melayu Islam juga perlu diperluaskan.

8. Mengutamakan produk dan perkhidmatan orang Melayu Islam akan membolehkan kita mengawal aliran tunai dikalangan kita supaya ia tidak mengalir keluar kepada kaum lain.

9. Kita perlu sanggup buat sebaik mungkin untuk mengekalkan aliran tunai orang Melayu Islam kekal di dalam masyarakat Melayu Islam sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Cina.

10. Bangsa Melayu kerap dikaitan dengan gagal dalam perniagaan, gagal dalam kutipan dana untuk bantuan sekolah melalui PIBG dan politik mengharapkan bantuan kewangan orang atasan. Sifat "SAYANGKAN BANGSA SENDIRI SEPERTI KAUM CINA"  perlu diperkasakan dan digerakkan demi memajukan bangsa kita.

11. Aliran tunai orang Melayu amat besar sebab kuasa beli yang paling besar adalah dari orang Melayu. Dengan mengutamakan produk dan perniagaan bangsa sendiri yakinlah kita akan mempunyai banyak syarikat-syarikat besar dalam masa 20 - 50 tahun akan datang. Tidak mustahil kita akan mempunyai dana yang banyak untuk memajukan pendidikan anak-anak bangsa,pemilikan hartanah dan juga kuasa politik yang lebih bebas dari kawalan bangsa lain.

Demikianlah secara ringkas luahan saudara Adnan Seman. Adakah menjadi satu kesalahan bagi sesuatu bangsa itu berusaha dan bergerak secara kolektif dan bersatu untuk membangunkan bangsanya sendiri. Mengapakah apabila bangsa Melayu sedar dan bangkit untuk memajukan perniagaan dan produk bangsa mereka sebgaiman bangsa lain, ia dianggap sebagai satu kesalahan besar. Kebelakangan ini, apa saja yang dilakukan oleh orang Melayu dikatakan rasist, extrimis dan dan menggunakan agama. Sedangkan tindakan yang dilakukan oleh bangsa lain tidak dianggap sedemikian.

"SAYANGILAH BANGSA SENDIRI, MAJUKANLAH BANGSA SENDIRI"


Sabtu, 19 Januari 2019

Yang Lama dan Yang Baru

Banyak yang telah berlaku di sekeliling kita hari demi hari semenjak pemerintahan negara yang tercinta telah beralih kepada pihak yang selama ini menjadi pembangkang. Slogan "Malaysia Baru" yang dibawa memang benar-benar dilaksanakan demi melakukan berbagai pembaharuan di dalam negara. Sudah tentulah ia akan menjadi satu kejutan budaya di kalangan rakyat terutama sekali orang Melayu. Kebiasaan selama 60 tahun sedikit demi sedikit telah diubah, maka rasa janggal dan tidak selesa timbul di kalangan rakyat Melayu. Setelah melalui perubahan pemerintahan selama 7 bulan, kini saya perhatikan bahawa orang Melayu hidup seperti biasa walaupun terpaksa menghadapi pelbagai perubahan. Pemimpin baru pula sentiasa menggunakan isu hutang, rasuah, salah guna kuasa dan berbagai lagi perkara negatif apabila berucap. Belum pernah lagi saya membaca atau mendengar ucapan yang positif serta memberangsangkan rakyat untuk sama-sama bergerak ke arah memakmurkan negara. Kata-kata seperti "rakyat perlu berkorban untuk negara", "jangan lagi mengharap bantuan dari kerajaan", "rakyat tak akan lagi diberi wang percuma", adakah rakyat perlu menanggung kos sara hidup secara sendiri tanpa bantuan kerajaan? Ungkapan seperti "orang Melayu malas", "orang Melayu tak pandai berniaga", kerap di ucapkan di sana sini. Adakah benar orang Melayu malas? Jika benar mengapakah kita dapat lihat di merata-rata tempat orang Melayu berniaga. Walaupun secara kecil-kecilan ia menunjukkan bahawa orang Melayu gigih mencari rezeki. Mana mungkin orang Melayu dikatakan MALAS. "Nelayan dan petani perlu ubah cara hidup untuk maju", bukan cara hidup yang perlu diubah untuk maju tapi cara kerja dan cara menangkap ikan serta bertani perlu dibuat secara baru dan terkini."Hutang negara terlalu banyak dan perlu dilangsaikan segera", mana mungkin hutang negara boleh dilangsai. Negara perlu berhutang untuk menjalan kegiatan pembangunan. Hutang boleh dikurangkan dengan syarat kerajaan mengurangkan segala aktiviti pembangunan yang melibatkan kos yang amat besar. Kerajaan perlu mengutamakan perbelanjaan untuk perkhidmatan awam seperti  kesihatan, pendidikan, utiliti pengankutan awam dan keselamatan awam. Ini adalah langkah pada pendapat saya yang boleh mengurang beban hutang negara. Sebaliknya pula kita juga dapat membaca dan mendengar sana sini peruntukan berjuta ringgit diagihkan kepada pihak-pihak tertentu. Walaupun ada peruntukan yang diagihkan untuk kita, tapi jumlahnya amat jauh berbeza daripada yang diagihkan kepada pihak lain. Keluhan, kerasahan, bantahan kerap dibaca dan didengari saban hari sama ada di media sosial atau di warung-warung kopi. Adakah cukup sekadar mngeluh dan resah? Memang benar kerajaan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan rakyat tapi apa yang kita lihat adalah tanggungjawab itu sedang dialihkan balik kepada rakyat. Hidup rakyat adalah tanggungjawab rakyat. Perlu dii9ngatkan bahawa rakyat membayar cukai. Bukan sedikit cukai yang dibayar oleh rakyat. Cukai barangan keprluan harian, cukai perkhidmatan, cukai penangkutan,cukai tanah dan harta, cukai pendapatan, cukai perjalanan dan banyak lagi. Jika demikian, apakah fungsi sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat? Slogan "By the people, for the people" itu apa maksudnya? Pihak berfahaman Sosialisme amat kuat berpegang kepada slogan ini. Pilihan telah dibuat oleh rakyat tapi apakah yang dilakukan untuk rakyat yang telah memilih?

Apa yang dilaksanakan sehingga kini oleh pemerintah hanyalah memperkenalkan dasar-dasar baru secara mendadak. Satu demi satu dasar baru dikemukakan seolah-olah segala dasar yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan lama semuanya lapuk dan tidak boleh dipakai. Apa yang sepatutnya dibuat adalah menyemak balik dasar-dasar sedia ada dan ditambahbaikan dan diperkemaskan. Ini tidak ditukarkan terus tanpa sebarang pertimbangan. Alasan yang digunakan untuk membuat perubahan adalah rasuah dan salah guna kuasa.Yang penting dasar baru ini adalah dasara yang dibuat oleh kerajaan baru untuk Malaysia Baru. Perkhidmatan wajib untuk rakyat seperti perkhidmatan Kesihatan, Pengangkutan Awam, Kemudahan Awam dan Pendidikan semuanya nak diubah kearah penswastaan. Jika dulu perkhidmatan-perkhidmatan ini diberi percuma atau bersubsidi tinggi, tapi sekarang tiada lagi. Rawatan kesihatan memerlukan insuran kesihatan yang rakyat perlu carum. Pengangkutan Awam yang sememangnya bukan satu entiti yang menjanakan keuntungan juga dipertikaikan. Di mana saja negara di seluruh dunia, perkhidmatan awam sememangnya tiada menjana keuntungan, rujuk disesawang berikut: https://en.wikipedia.org/wiki/Public_service untuk mendapat penerangan yang lebih jelas tentang perkara ini. Tak usahlah kita bandingkan negara barat yang banyak memberi kemudahan kepada rakyat berbentuk berbagai insentif dan sumbangan kewangan. Rakyat mereka membayar cukai yang berlipat kali ganda dari kita maka kerajaan mampu untuk memberi segala kemudahan secara percuma maupun terbaik. Jika kita juga inginkan sebagaimana dinikmati oleh warga barat maka rakyat kita juga perlu sanggup membayar cukai yang tinggi. Kutipan cukai itulah yang diagihkan kembali kepada rakyat ntuk kesejahteraan hidup rakyat. Dengan erti kata lain segala kemudahan dan sumbangan yang diberi kepada rakyat adalah duit rakyat. Ini baru lah rakyat bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri di mana mereka membayar untuk mendapat segala kemudahan bukan secara terus. Sama-samalah kita renung dan fikirkan agar ianya sesuatu yang dapat menjana pemikiran kita ke arah kesejahteraan hidup kita sendiri. Yang lama itu bukanlah buruk semuanya dan yang baru bukanlah yang terbaik semuanya.