Isnin, 25 Mei 2015

Pengajaran Dari Al Quran

Surah Al Maedah: ayat 96 hingga 120

1. Dihalalkan memburu haiwan laut dan memakan bangkainya dalam keadaan berihram supaya mendapat kebaikan darinya. Allah mengharamkan memburu haiwan darat selama berihram untuk haji atau umrah.

2. Ka'abah dijadikan tempat mengabdikan diri menyembah Allah terutama di bulan-bulan haram ( Zulkaidah, Zulhijah, Muharam , Rejab) di mana umat Islam berkumpul, dan menguatkan tali persaudaraan, persatuan dan kesatuan untuk mencapai kemenangan.

3. Tugas Rasulullah hanyalah menyampaikan agama Allah. Tidak ada paksaan untuk beriman. Beriman atau tidak adalah pilihan sendiri. Agama Islam tidak dikembangkan dengan pedang.

4. Jangan banyak tanya untuk melepaskan diri atau untuk mencari yang lebih ringan atau menguntungkan. Ia akan menambah berat tanggungjawab. Bertanya yang diperlukan boleh seperti tentang hukum-hukum agama yang tidak jelas. Banyak tanya dan bertanya ada bezanya.

4. Empat jenis unta yang dianggap sebagai binatang suci pada zaman Jahiliyah dilarang untuk tujuan ibadah.

5. Kebiasaan buruk yang sudah menjadi darah daging memang sukar untuk diubah. Biasakan diri dan keluarga mengerjakan yang baik-baik. Kebiasaan diwaktu muda akan kekal sehingga ke tua dan sukar untuk diubah. Jangan hiraukan orang yang enggan berubah setelah diajak untuk berubah. Jangan takut dengan kejahatannya. Banyak lagi amalan soleh yang boleh dikerjakan.

6. Harus untuk berwasiat bagi orang yang menghampiri ajal jika ia dalam perjalanan. Carilah saksi yang adil. Cara untuk mendapatkan saksi ini diterang dengan panjang lebarnya dalam ayat 106 hingga 108.

7. Banyak mukjizat yang diberi Allh kepada Nabi Isa untuk membuktikan bahawa ia adalah seorang Rasul. Teguran keras dari Allah jika Nabi Isa menyatakan "Jadikan aku dan ibuku Maryam dua orang Tuahn selain Allah" Nabi Isa telah menafikannya dan mengaku bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Esa. Nabi Isa menegaskan bahawa ia tidak menyuruh pengikutnya mempertuhankan dirinya dan ibunya. Ia tetap bertuhankan Allah yang Maha Tunggal. Nabi Isa tidak mati disalib. Allah memeliharanya dari disalib dan mengangkat darjatnya.

8. Orang benar-benar tulus ikhlas menyembah Allah akan masuk syurga dan memperoleh nikmat yang paling besar iaitu keridhaan Allah dan menjadi kekasih Allah.

Wallahhualam.


Sabtu, 23 Mei 2015

Pengajaran Dari Al Quran

Pengajaran dari Surah Al Maeda; ayat 71 hingga 95

1.Allah haramkan masuk syurga bagi dosa syirik. Neraka adalah tempat mereka dan tiada pertolongam bagi mereka. Seksaan ayang amat sakit dan perit bagi mereka.
2. Menerangkan tentang kesesatn kaum Nasrani yang mengatakan Al Masih itu tuhan dan Allah adalah salah satu dari tiga tuhan.
3. Kaum kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknatkan dalam kitab Zabur dan Injil.
4. Kemurkaan Allah pada akhirat nanti ke atas mereka yang menjadikan orang kafir sebagai teman rapat dan akan kekal di dalam Neraka.
5. Orang Yahudi dan musyrik adalah musuh ketat mereka yang beriman.
6. Alahh akan memberi pahala dan balasan kekal di dalam Syurga bagi orang yang beriman secara ikhlas serta yang berusaha untuk membuat kebaikan.
7. Larangan untuk megharamkan apa yang telah dihahalkan oleh Allah dan jangan melapaui batas di atas apa yang telah dihalalkan oleh Allah
8. Makanlah dari rezeki yang halal dan bertaqwalah kepada Allah.
9. Sumpah yang dibuat secara sengaja dan bersungguh-sungguh adalah salah disisi Allah. Dendanya adalah memberi makan kepada 10 orang miskin makanan yang biasa kita makan atau memberi pakaian, atau memerdekakan seorang hamba. Jika tidak mampu melaksanakannya maka berpuasalah selama tiga hari sebagai penebus sumpah yang telah dilakukan.
10. Perintah untuk menjauhi arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib kerana ia adalah perbuatan kotor dan keji.
11. Syaitan hanya bermaksud untuk menimbulkan kebencian dan permusuhan di antara manusia di sebabkan judi dan arak. Memalingkan manusia dari mengerjakan solat dan mengiangati Allah.
12. Allah mengasihi orang yang soleh dan bertaqwa serta beriman dan berusaha membaiki amalannya.
13. Hukum larangan berburu binatang buruan ketika berikhram dan denda yang dikenakan bagi yang melanggar larangan tersebut.

Sama-samalah kita menghayati pengajaran ini dan dapatkan penerangan yang lebih jelas serta  tepat dari guru yang mahir dalam agama. Wallahhualam.