Isnin, 25 Mei 2015

Pengajaran Dari Al Quran

Surah Al Maedah: ayat 96 hingga 120

1. Dihalalkan memburu haiwan laut dan memakan bangkainya dalam keadaan berihram supaya mendapat kebaikan darinya. Allah mengharamkan memburu haiwan darat selama berihram untuk haji atau umrah.

2. Ka'abah dijadikan tempat mengabdikan diri menyembah Allah terutama di bulan-bulan haram ( Zulkaidah, Zulhijah, Muharam , Rejab) di mana umat Islam berkumpul, dan menguatkan tali persaudaraan, persatuan dan kesatuan untuk mencapai kemenangan.

3. Tugas Rasulullah hanyalah menyampaikan agama Allah. Tidak ada paksaan untuk beriman. Beriman atau tidak adalah pilihan sendiri. Agama Islam tidak dikembangkan dengan pedang.

4. Jangan banyak tanya untuk melepaskan diri atau untuk mencari yang lebih ringan atau menguntungkan. Ia akan menambah berat tanggungjawab. Bertanya yang diperlukan boleh seperti tentang hukum-hukum agama yang tidak jelas. Banyak tanya dan bertanya ada bezanya.

4. Empat jenis unta yang dianggap sebagai binatang suci pada zaman Jahiliyah dilarang untuk tujuan ibadah.

5. Kebiasaan buruk yang sudah menjadi darah daging memang sukar untuk diubah. Biasakan diri dan keluarga mengerjakan yang baik-baik. Kebiasaan diwaktu muda akan kekal sehingga ke tua dan sukar untuk diubah. Jangan hiraukan orang yang enggan berubah setelah diajak untuk berubah. Jangan takut dengan kejahatannya. Banyak lagi amalan soleh yang boleh dikerjakan.

6. Harus untuk berwasiat bagi orang yang menghampiri ajal jika ia dalam perjalanan. Carilah saksi yang adil. Cara untuk mendapatkan saksi ini diterang dengan panjang lebarnya dalam ayat 106 hingga 108.

7. Banyak mukjizat yang diberi Allh kepada Nabi Isa untuk membuktikan bahawa ia adalah seorang Rasul. Teguran keras dari Allah jika Nabi Isa menyatakan "Jadikan aku dan ibuku Maryam dua orang Tuahn selain Allah" Nabi Isa telah menafikannya dan mengaku bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Esa. Nabi Isa menegaskan bahawa ia tidak menyuruh pengikutnya mempertuhankan dirinya dan ibunya. Ia tetap bertuhankan Allah yang Maha Tunggal. Nabi Isa tidak mati disalib. Allah memeliharanya dari disalib dan mengangkat darjatnya.

8. Orang benar-benar tulus ikhlas menyembah Allah akan masuk syurga dan memperoleh nikmat yang paling besar iaitu keridhaan Allah dan menjadi kekasih Allah.

Wallahhualam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan