Sabtu, 27 Mac 2010

Apa Kata Kita

Apa agaknya yang akan kita kata apabila kita nampak sesuatu itu berlaku di depan mata kita. Apabila kita terdengar dari bual kata orang. Apabila kita terbaca di mana-mana.
Apa agaknya yang akan kita kata.......

Apabila kita nampak sepasang lelaki dan perempuan duduk berduaan di tempat awam.
Apa kata kita....... bahawa mereka itu sedang dilamun cinta.
Hakikatnya... mereka adalah suami isteri yang sedang berehat kerana penat berjalan.

Apabila kita nampak pihak polis menahan orang di tepi jalan.
Apa kata kita....... ha nak cari makan lah tu.
Hakikatnya...... orang yang ditahan itu rupanya sedang bertanyakan arah jalan.

Apabila kita terbaca berita "Budak lebam ditumbuk guru".
Apa kata kita.......Gila agaknya guru tu. Saman aja dia. Biar padan muka dia.
Hakikatnya......Anaknya telah meludah dan memaki hamun gurunya dan lebam itu adalah kesan terhantuk kerana telah ditolak guru.

Apabila kita terbaca berita "Banjir kilat akibat longkang yang tak diurus"
Apa kata kita.......pihak Majlis memang tak menjalankan kerja-kerja penyelanggaraan, macam mana longkang tak tersumbat.
Hakikatnya......... longkang tersumbat kerana penduduk di situ membuang segala sampah sarap ke dalam longkang.

Apabila kita terdengar pinggan pecah berderai di rumah sebelah "Geramnya aku, menyampah betul" suara si isteri menjerit.
Apa kata kita...... Ha, dah bergaduh laki bini lah tu. Ni mesti laki dah buat jahat ni.
Hakikatnya...... seekor kucing telah melompat dan terlanggar pinggan yang terletak di atas meja.

Apabila kita terdengar rakan sekerja kita mendapat anugerah khidmat cemerlang
Apa kata kita...... Alah tak heran, dia tu kaki ampu dan kesayangan boss.
Hakikatnya......kerja dan tugas yang dilaksanakan oleh rakan kita itu tidak dapat kita tandingi mutu dan hasilnya.

Itu sebab kita perlu berfikir secara positif sebelum kita membuat sebarang keputusan. jangan cepat dan mudah membuat andaian kerana andaian itu mungkin memalukan kita akhirnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan