Jumaat, 30 Julai 2010

ZIKIR ADALAH SENJATA KEKUATAN JIWA

Perkara yang lazim yang kita terima ialah kekosongan akan diisi oleh sesuatu sama ada baik atau buruk. Jadi apabil jiwa kita kosong maka sudah tentu ia akan diisi oleh sesuatu. Maka sesuatu itu adalah bisikan Syatian laknatullah. Sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah swt dalam surah Az Zumar ayat 22 yang bermaksud "Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang membatu hatinya untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata."

Orang yang dengil dan keras hati untuk berzikir adalah manusia yang amat rugi kerana dia berada di kalangan mereka yang tidak disayangi dan diingati Allah swt. Hati yang dipenuhi dengan zikir, bertasbih, bertahlil dan beristighfar. Dengan berbuat demikian hati yang kosong akan dipenuhi oleh kalimah suci yang sudah tentu akan menjadi senjata yang kuat untuk mengelakkan diri dari dibisik dan diganggu oleh syaitan laknatullah.

Syaitan akan selalu berada hampir dengan orang yang lalai agar dia dapat mesuk ke dalam hati dan menguasainya apabila ianya kosong. Zikir yang diamalkan akan menghindar syaitan untuk hampir. Malah ia akan segera terbang meninggalkan kita dengan pantasnya. Ibn al-Qayyim telah mengumpulkan beberapa cara berzikir dalam bukunya "Al-Wabil As-Sayyib Min Al-Kalim At-Tayyib"

Zikir dan doa yang dilakukan secara ikhlas dengan penuh keinsafan dan rendah diri kepada Allah swt adalah senjata yang paling kuat dan ampuh yang akan melindungi manusia daripada gangguan Syaitan laknatullah. Jadikan zikir itu amalan harian kita pada setiap masa dan ketika, tak kira sama ada kita sedang memandu, bekerja atau melakukan apa saja aktiviti. Dalam apa keadaan sekali pun zikirlah kepada Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan