Selasa, 4 Disember 2012

Perubahan - Perlu, Bila dan Mengapa

Perubahan akan berlaku dari masa ke masa. Cuba kita lihat perubahan yang telah berlaku disekeliling kita. Perubahan cara hidup kita, cara kita bergaul, cara kita mengadakan majlis dan cara kita bekerja. Banyak yang telah kita lalui dari satu era ke satu era. Bagi diri saya yang dilahirkan pada tahun 1951, iaitu zaman pra merdeka. Pada masa itu cara hidup saya maupun cara saya bergaul banyak dipengaruhi oleh pengaruh Barat. Ia adalah kerana pada masa itu kita berada dalam pemerintahan kuasa British. Jadi banyaklah aktiviti harian saya sekeluarga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara British. Tambahan pula ayah saya pada masa itu sedang bertugas sebagai Pegawai Polis yang sudah tentunya telah menerima latihan di England. Sedikit sebanyak pengaruh gaya hidup Barat itu adalah amalan harian kami sekeluarga. Masa berjalan tahun ke tahun. Kita akan nampak perubahan yang berlaku di dalam amalan harian kita yang mungkin telah berubah tanpa disedari. Kita akan mula mengamal sikap, sifat dan perilaku serta tuturkata yang berbeza dari dulu. Ini adalah kerana kita ingin menyesuaikan diri kita dengan norma dan amalan yang sedang diamalkan pada masa kini. Teringat saya tentang "Teori Evolution Of Species". Teori tersebut mengutarakan bahawa haiwan akan mengubahkan dirinya mengikut suasana dan persekitaran demi kehidupan spesis masing-masing.

Mengapa kita perlu berubah? Perubahan perlu dilakukan apabila apa yang sedang kita amalakan dan gunapakai pada suatu masa dahulu sudah menjadi tidak sesuai lagi sekarang. Kalau dulu kita guna dapur kayu, kita mula ubah kepada dapur arang apabila kayu amat sukar diperolehi. Dengan wujudnya gas memasak maka kita ubah pula kepada dapur gas. Dari situ kita berubah pula kepada dapur induksi. Gaya dan cara memasak juga berubah. Malah berbagai jenis masakan baru mula dicipta bersesuaian dengan gaya dan cara memasak. Perubahan di dalam alam dapau amat besar sekali. Kalau dulu rempah ratus perlu ditumbuk atau digiling sebelum boleh digunakan untuk memasak sekarang ianya boleh didapat dalam bentuk serbuk atau pes di mana-mana kedai runcit dan pasaraya. Kalau dulu kelapa perlu dikait, dikupas, dibelah, dikukur dan diperah untuk mendapatkan santannya, sekarang semuanya boleh didapati dalam bentuk serbuk atau cair di dalam pek atau tin. Jika nak disenaraikan semua perubahan yang berlaku disekeliling kita tak terkira banyaknya.

Manusia mula mahu memendekkan masa untuk melakukan sesuatu tugas. Maka mereka mula mencari jalan bagaimana nak ubah cara bekerja. Di pejabat mesin menaip sudah tidak kelihatan lagi. Hampi kesemuanya telah diganikan dengan alat-alat digital dan komputer. Lihat saja pada masa perayaan, pengiriman kad ucapab sudah berkurangan. Ramai yang dah mula mengirim kad elektronik melalui internet. Malah ada yang mengirimnya melalui Sisten Pesanan Ringkas (SMS). Membeli belah pun dah boleh dibuat dari mana-mana sahaja. Cuma buat saja pesanan melalui internet. Cara hidup kita sudah mula menjadi lembab dari segi pergerakan fizikalnya. Kita lebah banyak mengguna masa untuk duduk dan berinteraksi dengan peralatan canggih IT dan Digital. Maka akan wujudlah satu masyarakat yang jarang berinteraksi secara peribadi dengan bertemu muka. Aktiviti riadah di luar kawasan rumah juga adalah terhad sehinggakan jiran pun tidak pernah bertegur sapa.

Perubahan boleh dilakukan dalam beberapa aspek hidup tertentu sahaja. Interaksi sesama manusia perlu dilakukan secara tradisinal di mana manusia perlu bersua muka dan bergaul mesra antara satu sama lain bagi mewujudkan kesefahaman dan keharmonian. Berinteraksi antara manusia secara fizikal akan menjadikan kan kita kelompok yang memahami budaya dan cara hidup di antara kita. Kesefahaman inilah yang akan menjadikan manusia hidup bahagia dan harmoni sesama kita. Perubahan itu perlu, tetapi bila, di mana dan mengapa bergantung kepada perkara-perka yang tertentu sahaja. Berubahlah jika perubahan itu akan membawa kita ke arah kebaikan, kebahgiaan dan keharmonian hidup. Jangan berubah jika perubahan itu akan merosak masyarakat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan