Ahad, 15 Januari 2017

Sesi Persekolahan 2017 dah datang dah ......

Sejak akhir-akhir ini kerap kedengaran ibu bapa merungut tentang kos persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan 2017. Apa yang menarik perhatian saya ialah rungutan tersebut bukanlah satu perkara baru, malah ianya telah menjadi trend yang berlaku setiap awal sesi persekolahan. Cuba bayangkan jika kos persekolahan seorang anak adalah sebanyak RM500 seorang, bermakna seorang bapa yang mempunyai 3 orang anak yang bersekolah akan memerlukan wang sebanyak RM1500.00. Banyak tu! Mengapa ye kos persekolahan sampai RM500 sorang? Apa tidaknya. Uniform sekolah 2 pasang, Beg baru, Kasut dan stokin 2 pasang, Buku tulis dan alatan tulis, Buku Kerja, Tali lehar, Tag nama, Kain Sampin, Sumbangan PIBG, Yuran Khas dan entah apa lagi. Itu pun nasib baik buku teks di beri percuma. Jika tidak, pengsan le. Rungutan ini kerap didengari di kalangan masyarakat Melayu. Jarang kedengaran di kalangan masyarakat lain. Mengapa ye?

Melalui perbualan saya dengan beberapa orang kenalan dari kaum lain terutama sekali kaum Cina, saya dapat maklumat baru tentang bagaimana mereka ini dapat menyelesaikan masalah tersebut di atas. Menurut kenalan saya yang berniaga sebagai penjual sayur di sebuah pasar, beliau menabung setiap hari untuk setiap orang anak. Setiap hari beliau akan mengenepikan RM 1.00 untuk setiap orang anak. Bermakna selama sebulan akan terkumpullah sebanyak RM 30.00. Setahuan dapatlah dikumpul sebanyak RM360.00 untuk setiap orang anak. Penjimatan dilakukan melalui mengurangkan kos belian alatan persekolahan. Apa yang masih elok dan tiada kerosakan akan di gunapakai terus, seperti beg sekolah, uniform, kasut, alatan tulis menulis dan buku rampaian. Tiada pembaziran berlaku terutama sekali dalam penggunaan buku rampaian. Buku Rampaian tahun lepas akan dikitar semula untuk kegunaan tahun ini. Amat berbeza sekali budaya dalam masyarakat kita orang-orang Melayu. Semuanya nak baru. Malahan budaya ini juga diamalkan semasa menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semua nak serba baru. Maka keluhan tidak akan berakhir. Bantuan RM 100.00 setiap pelajar, BR1M dan KWAMP telah membuat masyarakat Melayu alpa untuk menabung. Bagi kakitangan perkhidmatan awam pula mengharapkan "Bonus Tahunan". Takpe bonuskan ada. Itulah ucapan yang sering diucapkan.

Rasanya eloklah kita sama-sama ambil ikhtibar daripada apa yang telah diterangkan oleh kenalan saya di atas. Mulalah menabung dari sekarang agar masalah beban kewangan untuk sesi persekolahan anak-anak akan kurang. Malah dengan menabung secara bulanan beban kewangan akan dapat dikurangkan apabila tiba masanya. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan