Ahad, 9 April 2017

Perangai Boleh Aje Rakyat Kita

Ni nak cerita sedikit tentang rakyat kita yang serba boleh, serba mudah dan serba tahu. Setiap hari kita akan dapat melihat atau membaca mengenainya. Mari kita lihat satu persatu. Kali ni nak cerita pasal kereta.
Ni satu perangai. Guna telefon semasa memandu.  Kereta sekejap ke kanan sekejap ke kiri macam orang mabuk aje gaya memandu. Lepas tu pulak perlahan aje keretanya. Kita yang di belakang bengang aje.

Dah lah lorong motosikal tu sempit. Di pandunya pula keretanya melalui lorong tu. Kesian dengan mat-mat motor terpaksa ketepi beri laluan. Asal ada aje laluan mereka ni akan masuk. Yang penting cepat sampai ke destinasi


Perbuatan memberhentikan kenderaan di petak kuning tu biasalah. Tak nak tunggu di luar kotak sebab takut nanti orang lain masuk depan kita. Yang bertambah dahsyat ialah meletakkan kereta tu di situ.



Kalau ye pun tak kan lah tak sempat nak betulkan kedudukan kereta di petak letak kereta tu. Main ikut suka aje.



Kesian mak cik berdua tu. Kena tunggu tuan penya kereta di belakang datang baru kereta dia boleh keluar. Ini pulak perangai pengunjung Pasar Awam.








Meletak kenderaan secara "double parking" adalah amalan biasa di mana-mana saja. Lepas tu apabila orang honk banyak kali tuan punya kereta datang dengan muka masam dan merah berasap nak marah. Seolah-olah kita yang bersalah
Kereta canggih dan mahal, tapi perangai entah macam apa agaknya. Dah lah diletakkan keretanya di petak OKU, sampai dua petak digasaknya

1 ulasan:

  1. Betul juga cikgu ,Semua tersebut dah ada dalam mendapatkan lesen memandu, malah mereka yang berperangai tersebut bukan org hutan, atau orang laut, Kaya,maskin tak juga ,Bodoh pesti tak diluluskan oleh JPJ.Hanya satu sahaja yang kurang ? Klu tak kureang sopan,atau Gila, pesti mereka ini tidak dibekal dan diajar sivics ? Ilmu tatarakyat ?

    BalasPadam