Isnin, 26 April 2010

Akhlak Yang Mulia

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Menjaga percakapan adalah satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan. Manusia akan sentiasa berkata-kata selagi mereka boleh dan mampu. Masalahnya adakah apa yang dicakapkan itu perkara yang baik ataupun yang buruk. Yang peleknya ramai pulak yang suka mendengar perkara-perkara yang buruk. Kita lihat sendiri di sekeliling kita sama ada di pejabat, sekolah, kedai kopi atau di mana saja manusia akan bercakap antara satu sama lain. Jarang sekali kita dapat dengar percakapan mereka itu berfokus kepada perkara-perkara yang baik. Adalah lebih baik kita diam dan berzikir daripada kita bercakap jika apa yang hendak dicakapkan itu adalah perkara yang tak baik kerana merujuk kepada hadith di atas jika kita beriman kepada Allah dan hari kiamat adalah lebih baik kita diam.

Masalah berjiran satu lagi hal. Ada aje yang tak kena. Maki hamun dan sumpah seranah kerap berlaku di antara jiran, walaupun ia tidak dilakukan berhadapan namun ia tetap berdosa. Susah sangat ke nak berbaik-baik dengan jiran. Susah sangat ke nak bermanis muka dengan jiran. Sebagai Muslim yang sejati kita wajib mematuhi suruhan Rasulullah saw sebagai mana yang dinyatakan di dalam hadith di atas. Jaga lah hati jiran kita agar tidak tersinggung. Apa perlunya kita berbalas-balas jika jiran kita berbuat jahat terhadap kita. Rasulullah tak pernah mengajar kita supaya membalas perbuatan jahat dengan yang jahat. Malah baginda menganjurkan agar kita senyum dan balas dengan pekara-perkara yang baik. Bersikap demikian tidak bermakna kita lemah. Malah sikap demikian adalah satu kekuatan yang akan menunduk orang yang zalim.

Melayan tamu satu lagi masalah. Terutama sekali apabila tamu kita datang ke kediaman kita pada waktu yang tidak sesuai. Biasanya kita terima kehadirannya tapi hati kecil merungut dan mungkin juga menyumpah. Maka timbul lah sifat tidak ikhlas semasa melayan tamu kita. Saya rasa tidak menjadi salah kalau kita beritahu kepada tamu kita yang kita nak solat dulu jika dia hadir pada waktu solat. Adalah lebih baik ajak dia solat bersama jika dia sendiri belum solat. Apa salahnya jika kita ajak dia makan bersama andaikata dia belum makan. Tak perlu kita masak masakan tambahan hanya kerana dia datang, tambahan pula datangnya secara mengejut. Makan lah apa yang sedia ada. Lain lah kalau kita belum lagi mula memasak makanan, boleh lah kita masak masakan yang baik-baik untuk meraikan tamu.

Mudah-mudahan akhlak kita yang mulai dan baik akan membawa berkat kepada hidup kita dan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Wallahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan