Susah
sangat ke nak buat sesuatu yang sememangnya dan sepatutnya kita buat. Setiap
kali saya ternampak perkara-perkara yang sedemikian saya akan terkata “Susah
sangat ke?”
1.
Di surau-surau yang terdapat di R&R, Mall,
pejabat dan lain-lain tempat kita seringkali melihat sejadah dicampak saja di
lantai atau pun dihumban di rak yang telah disediakan untuk sejadah-sejadah tu.
Malah jika di surau wanita isteri saya selalu mengadu yang telekung tidak
dilipat dan di susun dengan kemas di rak yang disediakan. Susah sangat ke nak lipat dan simpan balik dengan kemas di tempat asalnya?
2.
Di sekitar taman rekreasi pihak berwajib dah
sediakan banyak tong sampah tapi kita masih dapat lihat sampah bertaburan di
merata tempat. Bekas makanan, botol plastik, cawan kertas dan bungkusan
makanan seperti Mc Donald atau KFC ditinggalkan saja di mana mereka berada
ketika menjamu selera. Susah sangat ke nak bangun dan pergi ke tong sampah
untuk buang semua tu?
3.
Sambil memandu kereta saya seringkali nampak
pemandu dihadapan saya membuang tisu, kulit rambutan atau kulit buah mata kucing
melalui tingkap kereta mereka. Kerapkali juga kita dapat lihat pemandu yang
merokok membuang puntung rokok yang masih bernyala keluar tingkap. Ini
merupakan salah satu sebab berlakunya kebakaran di sekitar bahu jalanraya.
Kadangkala kebakaran ini merebak ke kawasan semak lebih jauh dari bahu jalan
yang boleh mengakibatkan kerosakan alam sekitar. Susah sangat ke nak sediakan tempat buang sampah di dalam kereta?
4.
Ketika kita sedang memandu dan beratur di
persimpangan kerapkali terdapat pemandu yang akan datang menghimpit di sebelah
kiri kita untuk memotong giliran. Bayangkan kita yang dah beratur panjang dan
lama, tiba-tiba datang seseorang meluru bawa kenderaan dia masuk di hadapan
kita. Salah satu punca kesesakkan di jalanraya ini lah dia. Susah sangat ke nak
beratur dan tunggu giliran?
5.
Di kedai-kedai makan, warung ataupun restoran
kita seringkali lihat kerusi dibiarkan bersepah di meja. Susah sangat ke nak
masukkan kerusi tu ke dalam meja supaya kemas dan teratur? Pingan mangkuk dan gelas atau cawan yang digunakan dibiarkan bersepah di atas meja. Susah sangat ke nak susun semua itu selonggok setempat supaya senang pekerja pembersihan mengambilny?.
6.
Ini lagi pulak. Tandas. Tak kira lah tandas awam
ke, pejabat ke, malah rumah sendiri. Kerapkali apabila telah selesai urusan di
tandas ada manusia yang tak tahu nak pam air tandas. Dibiarkan aje najis tu di
mangkuk tandas begitu sahaja. Susah sangat ke nak tekan atau tarik tali pam air
tu? Ni lagi satu, salur paip yang telah digunakan tak di sangkut balik di
tempatnya tapi dibiarkan di lantai. Adakala pula dibiarkan air mengalir tanpa
di tutup paipnya. Susah sangat ke nak tutup paip dan sangkut balik salur paip tu di
tempatnya?
7.
Sesetengah pengawal keselamatan dan anggota
penguatkuasa kerapakali menjerit dengan kuat dan kasar ketika nak tegur
kesalahan yang kita telah buat. Susah sangat ke nak tegur dengan lembut dan sopan
tanpa mengeluarkan kata-kata seperti “Hoi!” ketika membuat teguran. Susah
sangat ke nak keluarkan perkataan seperti “ Maaf encik atau puan”?
Banyak
lagi perkara sebegini yang boleh kita lihat di sekitar kita. Hampir di kesemua
tempat dan suasana akan dapat kita lihat perkara-perkara yang mudah dijadikan
susah. Entah di mana silapnya. Nak kata salah pihak sekolah, di sekolah dah
diajar semua tu. Jadi di mana silapnya ye?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan