Khamis, 19 Julai 2018

BAHASA JIWA BANGSA

Bahasa menunjukkan bangsa. Semua negara di seluruh dunia mempunyai bahasa kebangsaan masing-masing. Semua rakyat mereka akan bertutur dalam bahasa kebangsaan mereka. Thailand berbahasa Thai, Filipina berbahasa Tagalog, Indonesia berbahasa Indonesia, Vietnam berbahasa Vietnam dan Malaysia berbahasa caca marba. Melayu dengan bahasa Melayu yang tunggang langgang, Cina dengan bahasa Cina, India dengan bahasa Tamil. Siapa ye berbahasa Melayu? Menteri kita pun berbahasa Melayu Inggeris. Perkataan Lu, Gua, Ma, Kita Orang, Dia Orang menjadi kebiasaan. Bukan kah ada perkataan seperti Kami, Kita, Mereka, Awak, Saya dalam bahasa Melayu? Yang Melayu dah bukan Melayu, Yang Cina dah tentulah Cina dan India juga dah tentu India. Jadi siapa ye berbahasa Malaysia.


Kita mengaku diri kita bangsa Malaysia, tetapi kita tidak menunjukkan bahawa kita adalah sebenar-benarnya rakyat Malaysia. Bila berjalan di merata tempat kita dapat lihat papan tanda tempat, kedai, taman perumahan adalah dalam bahasa Inggeris atau Cina. Maka siapa sebenarnya rakyat Malaysia? Yang ada adalah rakyat Cina, India, Jawa, Mendeleng, Bugis dan lain-lain lagi. Cuba bayangkan seorang warga tua berumur 50an apabila berurusan dengan Klinik Kesihatan boleh memberitahu Jururawat bertugas " Wa tatak tau cakap Melayu ma". Lahir di Malaysia dan hidup selama 50 tahun tak tahu berbahasa Malaysia. Sedangkan warga asing Vietnam, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain yang baru sahaja berada di Malaysia kurang lebih setahun sudah boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan fasih. Di manakah maruah bangsa Malaysia? Tak malu kah kita apabila seorang pelancung asing bertanya "Are from Cina?" atau "Are from India?". "I am Malaysian". jawab kita.. "Mengapa kamu tidak bercakap dalam bahasa Melayu?" tanya si pelancung tadi dalam bahasa Melayu, sebab dia dah dimaklumkan bahawa bahasa kebangsaan kita adalah bahasa Malayu. Peristiwa ini berlaku dihadapan mata saya sendiri. Saya harap jangan pula ada yang melabelkan saya sebagai rasis. Adakah saya yang ingin memertabatkan bahasa kebangsaan kita ia itu bahasa Melayu dikatakan rasis. Bagaimana pula mereka yang sibuk memperjuangkan bahasa mereka untuk dijadikan salah satu bahasa utama di Malaysia?


Marilah kita sebagai rakyat Malaysia mengangkatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan kita dan sebagai identiti kita orang Malaysia. Berbanggalah bahawa kita fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita kerana itulah identiti bangsa Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan