Jumaat, 13 Januari 2012

ANDA BOLEH DIPERCAYAI?

Hari ini Pak Ngah nak bercakap berkenaan nilai seseorang pada masyarakat. Adakah dia seorang yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Jika ia boleh dipercayai, apakah sebabnya dan jika ia tak boleh dipercayai apakah sebabnya. Cuba kita sama-sama lihat pernyataan-pernyataan di bawah ini.

Anda kerap:-

- merancang dan menyusun atur tugasan anda dengan teliti dan teratur.
- merasakan bahawa anda tak mampu menyelesaikan semua masalah yang dikemukakan kepada anda.
- amat berhati-hati dan teliti apabila membuat keputusan untuk bersetuju menerima sesuatu tugas yang ditawarkan kepada anda.
- berlaku tegas dan teliti dalam melaksanakan semua tugas yang telah anda terima dan setuju untuk laksanakannya.
- menolak tugas yang ditawarkan kepada anda jika anda rasa anda tak mampu melaksanakannya dengan baik.
- tidak akan membuat sebarang janji jika anda rasa anda tak mampu untuk menunaikannya.
- merasakan anda tak pernah terlalu dibebani dengan banyak tugas dan juga tak pernah rasa tertekan semasa bertugas.
- mementingkan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga lebih daripada ingin menjaga hati dan kebahagiaan orang lain.
- menghasilkan hasil kerja yang baik, kemas, teratur dan bermutu tinggi apabila anda telah sanggup untuk menerima sesuatu tugas itu.
- terpaksa undur setapak untuk mengkaji, menilai dan mencari jalan penyelesaian apabila anda berhadapan dengan masalah semasa menjalankan tugas yang telah anda sanggup laksanakan.
- bersikap "lebih kurang" dengan orang lain dan apabila anda memerlukan pertolongan, orang lain juga akan bersikap "lebih kurang" dengan anda.

Adakah anda salah seorang penjawat jawatan yang kerap mengamalkan semua yang tertera di atas? Jika YA maka anda adalah seorang yang BOLEH DIPERCAYAI. TAHNIAH!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan